Assalamualaikum w.b.t.
Mini Clinic 2010 bakal menjelang lagi..insyaallah,pada sabtu,6 mac minggu depan. Tahun lepas,sy berpeluang jadi A.J.K,tapi tak buat keje pun.(Bukan tak mau buat,tapi,tibe2 tak sempat buat).Manakala,tahun ni,tak jadik a.j.k,tapi,buat gak kije siket,berbanding tahun lepas.
Sebabnye,kami,para pelajar dentist tahun tiga,masing2 diberi tugasan.ade yg kena bg 'talk' @ penerangan nanti.ade yg tolong cari artikel,ader yg kena jadik assistant dan lain2.
Tajuk2 diberikan oleh cik Irah.Saya pilih tajuk 'pericoronitis'. tapi,artikel,WAJIB dalam bahasa Melayu.Fuh,kena jadi 'translator' la pulak..
pening nak translate artikel tau.sbb tak terjumpa perkataan sesuai untuk beberapa 'term'.so,sy cuba olah ayat sendiri,sebab artikel berkenaan disyaratkan sekadar mempunyai benda2 basic,yang tak terlalu mendalam untuk org awam faham.
Ini hasilnya,harap2 boleh difahami.
Apakah itu Pericoronitis ???
Pericoronitis iaitu peri bermaksud sekeliling dan coronitis dari perkataan coronal atau crown bermaksud bahagian gigi yang digunakan untuk mengunyah.
Maka,pericoronitis bermaksud radang atau sakit yang berlaku pada tisu gusi di sekeliling gigi,di mana ia akan kelihatan bengkak.Kebiasaanya,penyakit ini melibatkan "wisdom teeth" iaitu gigi bongsu atau gigi geraham ketiga,yang sering tumbuh pada lewat usia belasan tahun atau pada awal 20-an.Tetapi,gigi ini bukanlah terdapat pada mulut semua orang.Jika anda memilikinya,dan tidak ada sebarang masalah dengannya,maka kekalkanlah.
Apa yang menyebabkan Pericoronitis atau radang pada gusi ?
Penyakit ini timbul apabila gigi bongsu tersebut hanya tumbuh separuh di dalam mulut dan tumbuh melalui gusi.Sememangnya,ini adalah antara masalah biasa yang berlaku di kalangan mereka yang memiliki gigi bongsu .Apabila keadaan ini berlaku,ia akan memberi laluan kepada bakteria untuk masuk ke dalam gigi dan menyebabkan jangkitan.
Makanan dan plak juga mudah terkumpul di sebalik gusi di sekitar gigi.Sekiranya ia berkekalan di situ,ia akan merosak dan menjejaskan kesihatan gusi dan membawa kepada penyakit radang gusi ini.Jika penyakit ini berlarutan dan teruk,bengkak dan jangkitan boleh merebak ke bahagian pipi dan leher.
(gigi bongsu yang tumbuh separuh)
Apakah tanda2 anda menghidap radang gusi atau pericoronitis?
• Sakit
• Jangkitan
• Bengkak pada tisu gusi (kerana terkumpunyal cecair)
• Rasa "tidak enak" dalam mulut
• Bengkak pada leher(di kawasan lymph nodes)
• Susah membuka mulut
Bagaimana ia boleh dirawat?
Sekiranya radang gusi @ pericoronitis hanya terhad di kawasan gigi(sakit tidak merebak), rawatan boleh dilakukan dengan berkumur menggunakan air garam yang suam.Pastikan tiada sisa makanan yang terlekat di sebalik lipatan gusi tersebut.
Sekiranya sakit dan kawasan bengkak merebak melibatkan gigi,rahang dan pipi,rujuklah doktor gigi berdekatan secepat mungkin.Rawatan seperti antibiotik dan ubat penghilang sakit mungkin akan diberikan.
Bagaimanapun,jika penyakit ini teruk,ataupun berulang,pembedahan perlu dijalankan untuk membuang lipatan gusi atau gigi bongsu,yang masing-masing menjadi punca kepada penyakit radang gusi ini.
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment