Sunday, February 14, 2010

masih 'TURKI mode'

Assalamualaikum w.b.t.

sebelum bercuti,sy ade ter-ber-janji nak coret siket2 pasal TURKI,klaw ade kesempatan..
ha,Gambar dah ader.
so,ni,nak 'coret' siket2.Bagi kawan2 yg dah tahu,kite anggap 'ulangkaji' la yep.. ok,Entry lps2,sy ader sebut "Mustafa Kamal Atatürk" .

Sape tu?
Macam 'best' je namenyer.Nak letak kat name anak,boley??
ok,dinasihatkan jangan..banyak lagi nama laen..hukhuk..(bajet kawan2ku ader anak)

Kalau nak bercerita panjang2,rase2,boleh meng-google sendiri kot.tapi,secara ringkasnye,bolehlah sy try tulis sket2.tapi,tetap panjang..hikhik

Nama Mustafa Kamal Atatürk ni,selalu disinonimkan ,dipadankan dengan "Laknatullah", bermaksud orang yang dilaknat Allah.Kenapa??


Secara utamanya,si Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah ni,dah'memperkenalkan' satu ideologi baru utk rakyat Turki,yang dipanggil ideologi Kemalist.konon2,nak menyediakan Turki jadik negara moden,demokratik,sekular,positif dan rasional.


Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934.sorang negarawan yang berkebolehan dalam politik.bile dah memperkenalkan sistem politik sekularisme,secara x lansung,beliau dah 'berjaya' meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negara Turki.


Antara perubahan yg diperkenalkan si Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt ..


2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)


3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.


4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"


5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.


6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki


7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.


8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.


9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.


10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.


11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan


12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.


13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium(kami berpeluang melawat masjid@muzium ni), ada sesetengah masjid dijadikan gereja.


14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.


15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.


16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam


17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.


18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?" Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan "beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.


Antaranya :
1.Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasagatal-gatal seluruh badan
2.Sakit jantung.
3.Penyakit darah tinggi
4.Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang -hilang.

Sebab x tahan dgn kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana x tahan dengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.


Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam & akhirnya meninggal dunia.Sewaktu meninggal,x der sorang pun yang memandi,mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, hingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan,mengkafankan dan menyembahyangkannya.


X cukup dengan tu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (x dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).


Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.


Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk Laknatullah telah mengatakan bahawa "jangankan bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk Laknatullah!

Hm..dah melawat TURKI ni,dapat tgok banyak gambar,cenderamata yg tertera gambar si pak cik nih..PM pertama la katekan.ok,Stop pasal pak cik ni,.


di sini,Sy nk kongsi rase 'ezzah',berbunga2 ati,bile ader penduduk di situ yg tanye "are u Muslim?Do u pray?Alhamdulillah"..


Ya,di mana ada org Islam,di situ adalah negara ISLAM!dan kiter semua bersaudara!
PROUD to be a MUSLIMAH!


WALLAHUA'LAM


Wassalam.

No comments:

Post a Comment