Saturday, February 27, 2010

RoSaK PmIkiRAn...


Bismillahirrahmanirrahim...
berkenaan dengan the latest post 2,di sini saya nak share dgn sahabat2 sumer
sal cerita seram merosakkan pemikiran anak2..
kenapa TV3 banyak sangat tayang cerita hantu,khayal...
x cukup ngn itu,TV3 ambik lagi cerita dari indonesia..
cerita2 seram 2 actually nampak seperti real di mata anak2 yang masih kecil..
mane taknyer,ank2 ibarat sehelai kaen putih n tunggu mase untuk mencoraknyer..
saya khuatir cerita tahyul ni akn bercampur aduk ngan pemikiran mereka yang x mampu lagi untuk filter yang mane real n unreal..


saya juga risau akan merosakkan pemikiran dengan 'berkuasa'nya hantu ni. 
Bila kanak-kanak tengok cerita-cerita seram ni mesti bila nak tidur pasang lampu dan nak pergi toilet pun nak kena teman. Lepas tu nanti sampai terbayang-bayang...wawawa...saat pling manis..

kerana saya pun pernah mgalami detik2 itu..
n surely sahabat2 sumer pon x lari dr masalah 2..right?


selain 2 jugak yang x bley bla nyer...
citer2 hantu Melayu terutama yg melibatkan filem semakin menjadi2 menggunakan unsur-unsur agama Islam di dlmnya. Umpamanya Jangan Pandang Belakang n Santau..
Banyak scene yg menokok tambah dlm agama, konon2nya melawan hantu. Cuba perhatikan trailer Santau. Bomoh sedang merawat pesakit, group belakang sedang alunkan zikir2....
Kena maklumkan kpd menteri penerangan kalau mcm nie.
Majlis Fatwa Kebangsaan pun kena ambil perhatian akan perkara nie...
Lama2 agama dipermain2kan dengan sewenang2nya di dlm filem. Pandai2 jer diorang create amalan agama utk melawan hantu...
 
saya khuatir cerita tahyul ini akan bercampur aduk dgn zikir zikir serta maksud hadis yang biasa di siarkan di akhir cerita...
jika hal ini berterusan khuatir aqidah rakyat negara ini akan tidak teguh...sebab terlalu banyak ditayangkan cerita tahyul...

j
om ramai2 hantar memo kepada TV3 supaya jangan tayang cerita tahyul...ngee..:D
sebaiknya papar la kisah ketabahan manusia untuk berjuang dalam hidup yang ada nilai kemanusiaan...chewah..
n yang x bley bla nyer,

shiela rusli yang mnerbitkan cerita cucu betung sambungan dari anak betung...
dgn riak wajah yang entah apa apa...(walaupon saya pminat setia citer 2,tp pndai tgok,pandai la tapis yer..)
saya memohon pihak berkuasa supaya melarang cerita puak sesat yang lakukan kesesatan...

walau satu cerita drama...tetapi hal Aqidah kita harus tegas...
anak anak yang duduk di rumah terutama yang tiada astro akan menonton TV3...
mak ayah bz keje...anak dirumah ditamu dgn cerita hantu,tahyul...
mudah mudahan TV3 banyakkan siar rancangan seperti alKuliyyah...

bukan cerita tahyul anak betung. cucu betung...cicit betung..n segala jenis buluh betung la...
entah pape...cerita tahyul...
banyak genre yang buleh dibuat terutama hal cerita kemanusiaan yang ada unsur nasihat...

x gitu?
same2 bimbing anak2 kita(ayoyo...) dari bnda2 tahyul yang bley merosakkn pmikiran anak2 kecil...




ni salah 1 evidence tuk kukuhkan statement saya di ats..
saye ade adek(yang pling kecik,setaun 10 bulan lbih)..
mmg setiap mlm khamis,kitorang 1 family akan tonton 1 drama bersiri ni..
"Penunggu Gunung Raya"...
mmg da pandai takotkan antu..adoyai~~
sampaikn ye da pandai cakap"takot2"...(padahal sepatah 2 kata jer yang pandai dituturkan selain ayah n ummi..plik2..)
2 la berkuasanya citer seram ni...
dapat mmbahayakan kesihatan mental si ank kecil yang tatau pape..


muka takot n aku x bley tahan gelak bila nampak dye ketakutan...ha2

2 je la post saya tuk kali ni..
till then..
wassalam..(~_~)








CeRiTa SeRaM MeRoSaKKan PeMiKirAn AnAk2...



Umat Islam hari ini lebih ramai takutkan hantu daripada Tuhan tidaklah menandakan gawatnya aqidah. Lebih takut kepada hantu namun santai saja apabila tidak solat atau berbuat kemungkaran hanyalah masalah terpencil. Umat Islam selepas menonton filem seram, menjadi semakin takut pada hantu bukan pada Tuhan. Bukanlah juga petanda filem itu mampu menggawatkan aqidah.
Maaf kerana perenggan diatas begitu sarcastic. Namun itulah gambaran saya peroleh apabila saya terbaca di Utusan Online tulisan bertajuk ‘Filem Seram Tidak Merosakkan’. Ia memaparkan komen beberapa penerbit filem seram membidas kenyataan seorang mufti yang menegur tentang pembikinan filem-filem seram. Apabila sebut filem seram, kita perlu faham ianya kebiasaan bukan saja memaparkan hantu. Tetapi turut perlu membangkitkan rasa seram dan takut di kalangan penonton.
Di dalam temubual, para penerbit filem seram merasakan aqidah umat Islam tidaklah gawat atau akan gawat. Jadi tiada salahnya filem-filem sebegitu diperbanyakkan.
Sekiranya kenyataan mufti tersebut tidak begitu terperinci, maka saya menyokong para penerbit tersebut supaya diperincikan lagi teguran. Ini kerana tidak semua orang mempunyai pemahaman berkenaan agama pada tahap yang sama. Barangkali kenyataan yang umum tidak mampu dihadam dengan faham oleh para penerbit tersebut.
Bagi yang faham, pasti jelas kerosakkan aqidah bukan terhad kepada masalahmenyembah berhala atau kuburan. Ada lagi skop lain yang perlu diperhatikan. Perasaan takut yang bukan tabi’i kepada selain Allah SWT juga merobek aqidah. Takut tabi’iadalah ketakutan yang lumrah seperti takutkan harimau, ular, takut dilanggar keretapi dan sebagainya.
Manakala takut yang membawa syirik pula adalah seperti takut kepada orang yang telah meninggal dunia kononnya kembali mengganas. Takut kepada makhluk ghaib seperti jin dan syaitan dan sebagainya. Ketakutan ini tentunya wujud disebabkan keyakinan bahawa makhluk-makhluk ini dengan sendiri punya kuasa memudaratkan. Seperti mana yang diisyaratkan Allah SWT dalam firmanNya,

أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ وَيُخَوِّفُونَكَ بِالَّذِينَ مِنْ دُونِهِ
“Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertakwa)? Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain dari Allah?
” [az-Zumar 39:26]

Maka bukankah cerita-cerita seram merupakan antara medium yang sangat ‘membantu’? ‘Membantu’ menyuburkan ketakutan bentuk syirik terhadap makhluk-makhluk ghaib. Lebih seram suatu cerita itu, lebih menakutkan hantunya bermakna lebih hebatlah filem itu. Kalau ada pun mesej Islam yang terselit di dalam filem itu boleh dikatakan beberapa peratus sahaja hingga tenggelam dibayangi hantu-hantu.
Tidak jauh beza cubaan itu dengan tindakan menayangkan dua jam adengan penuh berahi dan ghairah syahwat. Kemudian di sepuluh minit terakhir memaparkan pasangan yang bermukah ditangkap. Dan keluar ayat al-Qur’an di skrin menyebut ‘la taqarabbu ziina’. Dengan harapan ianya akan mendidik penonton menjauhi zina.
Turut ditemubual di dalam tulisan tersebut adalah seorang penerbit filem pontianak yang terkenal. Saya masih ingat bagaimana di dalam filemnya ‘mengajar’ bahawa hantupontianak adalah seorang wanita yang telah mati. Ia kembali semula ke dunia menuntut dipulangkan haknya. Persoalannya, adakah konsep sebegini selaras dengan Islam? Rasa-rasanya jawapan yang akan saya dapat darinya pastinya seperti mana ujar beliau di dalam Utusan,

“Kenalah realistik sikit. Ini (filem seram) satu hiburan,”

Dan kemudian disertakan teknik yang sangat lazim saya lihat hari ini. Saya namakan teknik ‘kenapa tidak’. Sepertimana yang penerbit itu gunakan,

“…banyak lagi perkara yang lebih ‘menyeramkan’ yang sepatutnya diambil peduli misalnya kes anak-anak muda terutama “pelakon bertudung” yang berlambak disebarkan di telefon bimbit mahupun Internet atau kisah “beli-membeli” orang politik kita kerana melibatkan negara.”

Hari ini, tindakan menegur sesuatu kemungkaran tidak lagi mudah dengan adanya teknik ‘kenapa tidak’. Bagaimana teknik ini digunapakai? Misalnya kita menegur agar janganlah berpakaian seksi. Maka jawab balas yang boleh dijangkakan, “Daripada sibuk tegur aku berpakaian seksi ‘kenapa tidak’ kau tegur orang-orang hisap rokok tu. Diorang lagi membahayakan kesihatan!”
Bagaimana agaknya reaksi mereka ini, andaikata suatu hari ketika mereka menegur kesilapan anak mereka. Anak mereka menyuruh mereka membetulkan dulu kesilapan sistem pendidikan baru nasihat anak!

ROH ORANG MATI KEMBALI JADI HANTU?
Saya lebih bimbangkan iktikad saudara-saudara Muslim saya. Oleh itu, daripada saya membahaskan satu per-satu dialog para penerbit itu. Yang pastinya akan melakukan apa sahaja untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Baik saya menulis sesuatu bagi memperbetulkan ‘tunjuk ajar’ silap yang pernah mereka ‘ajar’ di pawagam-pawagam atau kaca TV.
Permasalahan yang paling lazim saya temui adalah pemahaman terhadap hubung kait roh dan hantu. Saya terkejut mengetahui tidak sikit orang yang saya jumpa percaya bahawa hantu itu adalah dari roh orang mati. Mereka kembali semula dari kubur membuat kekacauan.
Sebelum kita mengupas lebih jauh. Perlu kita jelas bahawa persoalan ini adalah persoalan alam ghaib. Tidak ada yang lebih mengetahui mengenai perihal alam ghaib melainkan Allah SWT. Rasulullah SAW pula mengetahuinya melalui wahyu daripada Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam al-Qur’an,

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا
“Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya; maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).” [al-Jinn 72: 26-27]

قُلْ لا أَقُولُ لَكُمْ عِنْدِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلا أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلا أَقُولُ لَكُمْ إِنِّي مَلَكٌ إِنْ أَتَّبِعُ إِلا مَا يُوحَى إِلَيَّ
“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku.” [al-An’aam 6:50]

Jadi jelas bahawa wajib kita kembali kepada al-Qur’an dan hadis sahih untuk mengetahui mengenai hal-hal ghaib.


Di dalam Islam, tidak wujud kefahaman roh si mati kembali semula selepas mati atau roh tidak tenang datang ke dunia menjadi hantu. Ini kerana roh orang yang telah mati telah dipisahkan daripada dunia. Firman Allah SWT,

حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ
“Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)” [al-Mu'minuun 23:99-100]

jazakallah khairan kasira...

PaKu YaNg LeKat Di hAti..



“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak. 


“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?


“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!” 

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.” 


“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?” 

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti? 
Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

MINI CLINIC 2010

Assalamualaikum w.b.t.

Mini Clinic 2010 bakal menjelang lagi..insyaallah,pada sabtu,6 mac minggu depan. Tahun lepas,sy berpeluang jadi A.J.K,tapi tak buat keje pun.(Bukan tak mau buat,tapi,tibe2 tak sempat buat).Manakala,tahun ni,tak jadik a.j.k,tapi,buat gak kije siket,berbanding tahun lepas.


Sebabnye,kami,para pelajar dentist tahun tiga,masing2 diberi tugasan.ade yg kena bg 'talk' @ penerangan nanti.ade yg tolong cari artikel,ader yg kena jadik assistant dan lain2.


Tajuk2 diberikan oleh cik Irah.Saya pilih tajuk 'pericoronitis'. tapi,artikel,WAJIB dalam bahasa Melayu.Fuh,kena jadi 'translator' la pulak..


pening nak translate artikel tau.sbb tak terjumpa perkataan sesuai untuk beberapa 'term'.so,sy cuba olah ayat sendiri,sebab artikel berkenaan disyaratkan sekadar mempunyai benda2 basic,yang tak terlalu mendalam untuk org awam faham.


Ini hasilnya,harap2 boleh difahami.


Apakah itu Pericoronitis ???


Pericoronitis iaitu peri bermaksud sekeliling dan coronitis dari perkataan coronal atau crown bermaksud bahagian gigi yang digunakan untuk mengunyah.





Maka,pericoronitis bermaksud radang atau sakit yang berlaku pada tisu gusi di sekeliling gigi,di mana ia akan kelihatan bengkak.Kebiasaanya,penyakit ini melibatkan "wisdom teeth" iaitu gigi bongsu atau gigi geraham ketiga,yang sering tumbuh pada lewat usia belasan tahun atau pada awal 20-an.Tetapi,gigi ini bukanlah terdapat pada mulut semua orang.Jika anda memilikinya,dan tidak ada sebarang masalah dengannya,maka kekalkanlah.


Apa yang menyebabkan Pericoronitis atau radang pada gusi ?


Penyakit ini timbul apabila gigi bongsu tersebut hanya tumbuh separuh di dalam mulut dan tumbuh melalui gusi.Sememangnya,ini adalah antara masalah biasa yang berlaku di kalangan mereka yang memiliki gigi bongsu .Apabila keadaan ini berlaku,ia akan memberi laluan kepada bakteria untuk masuk ke dalam gigi dan menyebabkan jangkitan.
Makanan dan plak juga mudah terkumpul di sebalik gusi di sekitar gigi.Sekiranya ia berkekalan di situ,ia akan merosak dan menjejaskan kesihatan gusi dan membawa kepada penyakit radang gusi ini.Jika penyakit ini berlarutan dan teruk,bengkak dan jangkitan boleh merebak ke bahagian pipi dan leher.



(gigi bongsu yang tumbuh separuh)


Apakah tanda2 anda menghidap radang gusi atau pericoronitis?
• Sakit
• Jangkitan
• Bengkak pada tisu gusi (kerana terkumpunyal cecair)
• Rasa "tidak enak" dalam mulut
• Bengkak pada leher(di kawasan lymph nodes)
• Susah membuka mulut





Bagaimana ia boleh dirawat?


Sekiranya radang gusi @ pericoronitis hanya terhad di kawasan gigi(sakit tidak merebak), rawatan boleh dilakukan dengan berkumur menggunakan air garam yang suam.Pastikan tiada sisa makanan yang terlekat di sebalik lipatan gusi tersebut.
Sekiranya sakit dan kawasan bengkak merebak melibatkan gigi,rahang dan pipi,rujuklah doktor gigi berdekatan secepat mungkin.Rawatan seperti antibiotik dan ubat penghilang sakit mungkin akan diberikan.
Bagaimanapun,jika penyakit ini teruk,ataupun berulang,pembedahan perlu dijalankan untuk membuang lipatan gusi atau gigi bongsu,yang masing-masing menjadi punca kepada penyakit radang gusi ini.






Wallahu a'lam

YouTube - Pemergianmu - Inteam

YouTube - Pemergianmu - Inteam

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team


(Ya Rasulullah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu



Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Salam Maulidur rasul


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, February 14, 2010

masih 'TURKI mode'

Assalamualaikum w.b.t.

sebelum bercuti,sy ade ter-ber-janji nak coret siket2 pasal TURKI,klaw ade kesempatan..
ha,Gambar dah ader.
so,ni,nak 'coret' siket2.Bagi kawan2 yg dah tahu,kite anggap 'ulangkaji' la yep.. ok,Entry lps2,sy ader sebut "Mustafa Kamal Atatürk" .

Sape tu?
Macam 'best' je namenyer.Nak letak kat name anak,boley??
ok,dinasihatkan jangan..banyak lagi nama laen..hukhuk..(bajet kawan2ku ader anak)

Kalau nak bercerita panjang2,rase2,boleh meng-google sendiri kot.tapi,secara ringkasnye,bolehlah sy try tulis sket2.tapi,tetap panjang..hikhik

Nama Mustafa Kamal Atatürk ni,selalu disinonimkan ,dipadankan dengan "Laknatullah", bermaksud orang yang dilaknat Allah.Kenapa??


Secara utamanya,si Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah ni,dah'memperkenalkan' satu ideologi baru utk rakyat Turki,yang dipanggil ideologi Kemalist.konon2,nak menyediakan Turki jadik negara moden,demokratik,sekular,positif dan rasional.


Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934.sorang negarawan yang berkebolehan dalam politik.bile dah memperkenalkan sistem politik sekularisme,secara x lansung,beliau dah 'berjaya' meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negara Turki.


Antara perubahan yg diperkenalkan si Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt ..


2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)


3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.


4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"


5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.


6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki


7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.


8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.


9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.


10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.


11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan


12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.


13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium(kami berpeluang melawat masjid@muzium ni), ada sesetengah masjid dijadikan gereja.


14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.


15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.


16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam


17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.


18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?" Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan "beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.


Antaranya :
1.Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasagatal-gatal seluruh badan
2.Sakit jantung.
3.Penyakit darah tinggi
4.Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang -hilang.

Sebab x tahan dgn kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana x tahan dengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.


Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam & akhirnya meninggal dunia.Sewaktu meninggal,x der sorang pun yang memandi,mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, hingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan,mengkafankan dan menyembahyangkannya.


X cukup dengan tu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (x dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).


Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.


Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk Laknatullah telah mengatakan bahawa "jangankan bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk Laknatullah!

Hm..dah melawat TURKI ni,dapat tgok banyak gambar,cenderamata yg tertera gambar si pak cik nih..PM pertama la katekan.ok,Stop pasal pak cik ni,.


di sini,Sy nk kongsi rase 'ezzah',berbunga2 ati,bile ader penduduk di situ yg tanye "are u Muslim?Do u pray?Alhamdulillah"..


Ya,di mana ada org Islam,di situ adalah negara ISLAM!dan kiter semua bersaudara!
PROUD to be a MUSLIMAH!


WALLAHUA'LAM


Wassalam.

Gambar2 kat Turki