Saturday, January 29, 2011

P.E.T.R.A =)

Assalamualaikum semua.. =)

Alhamdulillah,,setelah kira2 3 tahun lebih tinggal di Jordan nih,pada hari Selasa yang lalu(bersamaan 25 Januari 2011),Allah telah makbulkan hasrat saya berkunjung ke PETRA.. =)
bukan apa,rasa macam nak pergi,,tapi,tak dela sampai terasa 'kempunan'.=)

Tapi,hasrat terbesar yang nak ke Makkah,tak tercapai-capai lagi(T_T).."Mungkinkah diri ini belum layak jadi tetamumu Ya Allah??T_T,"seringku bermonolog..
hmm.

Jadi,seperti yang orang kata,kalau nak ke sesuatu tempat,especially tempat-tempat bersejarah,amatlah baik kalau kita study dulu kisah2 dan latar belakang tempat tersebut..

(p/s:font sedikit berbeza,sebab saya tulis di Microsoft word sebelum meng-kopi-pasta di blog ni..harap tak kesah..PEACE =)


(di PETRA,para pelancong berpeluang exercise ^_^,naik kuda,keldai,atau kereta kuda)

Ada apa dengan PETRA??

Nama ‘Petra’ merupakan satu perkataan Greek ”πέτρα” yang bermaksud batu dan dalam Bahasa Arab pula,Petra dipanggil sebagai البتراء, Al-Batrāʾ .Ia adalah sebuah kota bersejarah dan arkaeologi yang terletak dalam kawasan pemerintahan Jordan di Ma'an. Petra merupakan satu hasil senibina pemotongan batu dan sistem pembuluh air. Ia telah dibina kira-kira pada kurun ke-6 sebagai ibu kota bagi Nabatea dan merupakan satu simbol bagi Jordan,selain menjadi tarikan pelancong yang paling banyak dilawati.

Petra terletak di cerun Gunung Hor dalam lembangan antara pergunungan yang mana membentuk sisi timur Arabah (Wadi Araba), lembah besar yang merentang dari Laut Mati ke Teluk Aqaba.

Bersempena tanggal 7/7/2007 lalu, Petra telah diumumkan sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Baru Dunia setelah terpilih bertanding bersama 20 lokasi lain yang dianggap ajaib dari seluruh dunia. Malah,Petra juga telah dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia sejak tahun 1985 dan turut dipilih oleh BBC sebagai satu daripada "40 tempat yang anda mesti lihat sebelum mati".

Sebenarnya,lokasi ini tidak diketahui oleh Dunia Barat sehingga tahun 1812, apabila ia diperkenalkan oleh seorang penjelajah Switzerland,yang bernama Johann Ludwig Burckhardt. Kerana batu-batuannya yang tampak kemerah-merahan apabila disinari sang mentari,ia digambarkan sebagai "a rose-red city half as old as time" oleh seorang pemenang soneta Hadiah Newdigate iaitu John William Burgon. Manakala,UNESCO pula telah menggambarkannya sebagai "satu harta budaya paling berharga dari warisan kebudayaan manusia." (one of the most precious cultural properties of man's cultural heritage).

Kisah di sebalik PETRA ?

Sebagaimana yang telah dinyatakan,tempat ini telah dijumpai dan dikenali oleh dunia barat sejak tahun 1812.Pernahkah para pembaca terfikir apakah kisah di sebalik PETRA yang tersergam indah dan dianggap menakjubkan itu?

Setiap sesuatu monumen atau bangunan,pastilah tidak sedikit kisah dan sejarah berkaitan yang ditinggalkan.Ahli sejarah,yang rata-rata dikuasai orang Dunia Barat,menyatakan bahawa kota ini dibina oleh kerajaan Anbad(Bahasa Arab) atau Nabatean.Jika di cari di mana-mana laman berkaitan PETRA di laman web,pastilah kisah kerajaan Nabatean ini yang akan diceritakan.

Walaubagaimanapun,ada pula pendapat ahli agama yang menganggap bahawa kebarangkalian Petra adalah kawasan tinggalan Kaum Thamud,iaitu kaum Nabi Saleh A.S.Di dalam al-Quran,tidaklah disebut dengan jelas di manakah penempatan kaum Thamud,tetapi ciri-ciri yang di gambarkan ada persamaan dengan Petra.

Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah? (al-Fajr :9)

Cuba para pembaca fikirkan,apakah hikmahnya tempat seperti PETRA ditemukan?Adakah sekadar untuk menjadi tempat perlancongan?Ya!Tidak dinafikan Petra merupakan antara tarikan terbesar pelancong ke Jordan kerana keunikannya yang tidak terdapat di mana-mana tempat sekalipun.Malah,dikatakan,tidak sempurna lawatan seseorang ke Jordan tanpa singgah melawat Petra.Tapi,apakah hanya sekadar itu?

(hebat anugerah yang Allah S.W.T berikan kepada mereka-mampu memahat bukit untuk dijadikan penempatan..subhanallah)

Sebagai manusia yang beriman,perlulah ada perbezaan cara pemikiran berbanding mereka yang tidak beriman.Berkunjung ke tempat seperti Petra seharusnya mampu memberi pengajaran tersendiri buat kita. Antara hikmah Petra diketemukan dan ‘diperlihatkan’ kepada dunia adalah supaya kita semakin percaya dan tambah mengimani isi al-Quran berikutan kisah-kisah kaum manusia terdahulu .

Kaum Thamud telah digambarkan di dalam al-Quran sebagai kaum yang telah diberi kemahiran oleh Allah S.W.T mengukir gunung untuk dijadikan rumah mereka.Sungguh hebat gambaran tersebut,bukan?Sehebat manapun kerajaan Rom membina binaan,mereka tidak mampu mengukir gunung,tetapi hanya mampu membongkahkan batu-batuan dan membina kota mereka.Ramai manusia pada masa kini lebih percaya kepada apa yang dilihat.Maka,lihatlah sendiri kehebatan pembinaan dan arkaelogi Petra!Tanpa melihat sendiri ‘bukti’,ramai manusia memiliki perasaan ragu-ragu dan menidakkan,”apakah mungkin manusia pada zaman dahulu yang tidak berbekalkan teknologi mampu mengukir dan memahat gunung untuk di jadikan rumah?”. Bagi kita yang sudah beriman dengan al-Quran serta segala isinya,(inshaallah),pastilah akan bertambah rasa keimanan dan perkara ini boleh menjadi ‘bahan cerita’ untuk kawan-kawan yang masih ‘sangsi’.




Kisah Nabi Soleh a.s dan Kaum Thamud



Al-A’raf (ayat 74)

74-"Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum 'Aad, dan ditempatkan kamu di bumi, (dengan diberikan kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganang untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi ini".

Daripada ayat tersebut,dapat difahami bahawa Kaum Thamud telah dipilih oleh Allah sebagai kaum ‘pengganti’ kepada kaum Ad, yang sebelumnya telah dimusnahkan kerana kesombongan mereka dari beriman kepada Allah S.W.T dan kelalaian mereka tatkala ‘tugas’ khalifah ditaklifkan.

Apakah itu khalifah?Dan apa pula tugasnya?Khalifah bermaksud pentadbir dan menjadi salah satu daripada dua tujuan utama manusia diciptakan,selain sebagai hamba untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.Khalifah bertanggungjawab untuk mentadbir di muka bumi dan mengurus kehidupan masyarakat. Kedua-dua elemen ini jelas dalam kewujudan hukum fardu ain dan fardu kifayah.Sebagai khalifah,seseorang manusia wajib melihat muka bumi (global) sebagai satu dunia yang perlu ditadbir dan masyarakat di seluruh muka bumi (manusia keseluruhannya) sebagai satu komuniti yang perlu diuruskan.

Namun,ternyata,kaum Thamud juga seolah-olah ‘menjejak’ tindakan kaum Ad yang sombong dengan menidakkan seruan tauhid,malah,sangat keji merancang pembunuhan utusan Allah sendiri.Mereka takbur dan leka dengan segala nikmat duniawi yang dipinjamkan,apatah untuk menjalankan tugas sebagai khalifah,sesuatu yang amat berbeza dengan sifat mereka.

Jika diteliti dari kisah Kaum Thamud,ternyata terdapat beberapa persamaan antara kita (skop besar : sebagai manusia dunia)(skop kecil : masyarakat Malaysia)dengan mereka.Antaranya ialah :
i.menerima seruan tauhid supaya beriman kepada Allah S.W.T yang Maha Esa.
ii. diutuskan rasul sebagai penunjuk jalan
iii.ditaklifkan tugas sebagai khalifah
iv.dikurniakan nikmat berlimpah ruah,bumi yang subur
v. kemahiran tersendiri (kita 'mahir' bina menara tinggi2 :P)
vi.dan lain2
Jadi,seandainya kita menuruti jejak kaum Thamud ataupun mana-mana kaumterdahulu,yang telah dimusnahkan kerana mengabaikan dua tujuan utama hidup,iaitu sebagai hamba dan khalifah,adalah tidak mustahil jika kita pula mendapat nasib yang sama,iaitu ‘diganti’ dengan kaum lain dalam memikul tugas-tugas ini.Nauzubillah.

“Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan. Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.” (Yunus : 13-14)

Pengajaran dari kisah kaum Thamud

Justeru itu, umat Islam sebagai manusia pilihan harus kembali memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah. Umat Islam tidak sepatutnya hanya memikirkan masalah setempat. Umat Islam tidak seharusnya hanya berasa bertanggungjawab ke atas pencapaian mereka sebagai individu atau kelompok yang lebih kecil. Umat Islam tidak seharusnya hanya memfokus kepada penyelesaian masalah dan pembinaan masyarakat suku bangsanya.

Sudah tiba masanya umat Islam harus berfikiran sejagat berminda khalifah. Sudah tiba masanya umat Islam harus melihat dunia global (muka bumi) sebagai jajahan atau daerah yang perlu ditabdir dan masyarakatnya (manusia) diuruskan mengikut prinsip-prinsip yang diterangkan dalam al-Quran, al-Hadis dan Sunnnah Rasulullah s.a.w. Sudah tiba masanya untuk mengkaji semula kaedah atau pendekatan pengurusan dalam Islam. Sudah tiba masanya untuk mendahulukan fardu kifayah berbanding fardu ain sebagaimana yang ditekankan selama ini; atau sekurang-kurangnya kedua-dua fardu kifayah dan fardu ain ditegaskan sama pentingnya. Sudah tiba masanya individu dan umat Islam bukan sekadar 'menghitung' apa yang telah dimilikinya tetapi 'memperkirakan' apa yang telah dia dan mereka sumbangkan dalam pembinaan tamadun manusia di muka bumi dan sebesar mana sumbangan itu jika ada.

Justeru itu, individu dan umat Islam tidak seharusnya mengharapkan 'balasan' langsung terhadap setiap buah fikiran, sumbangan, pengorbanan dan pekerjaan yang mereka lahirkan, berikan atau lakukan, daripada pihak yang menggunakan buah fikir mereka itu, atau pihak yang menerima faedah dan manfaat daripada sumbangan atau pekerjaan mereka itu. Hal ini kerana Islam telah menjelaskan bahawa Allah akan mencukupkan rezeki sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah telah berjanji akan menolong sesiapa yang menolong-Nya dalam menegakkan kebenaran al-Quran dan syiar Islam di muka bumi. Bahkan Allah telah menganugerahkan akal dan fikiran kepada seluruh manusia supaya dengan akal dan fikiran tersebut mereka dapat melakukan tugas dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah.

WALLAHU A'LAM.

Rujukan

1. Al-Quran

Friday, January 21, 2011

Cerita CUTIku...


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah,,dikurniakan dan masih ditetapkan Islam dan Iman dalam dada..Semoga saya dan kita semua sentiasa memegang erat dua nikmat terbesar ini hingga ke akhir ayat..(amiin).

Alhamdulillah juga,..kali ni merupakan entri pertama blog ni pada tahun 2011..memang dah lama tak de pape,,maklumlah,pemilik blog ni(saya) bukan blogger tegar,,dan sorang lagi tu(mira) pula bertindak sebagai mak tiri kepada blog ni(kwang2..)

Sekarang,adalah minggu ketiga(lebih kurang) saya bercuti..
Bukan sorang dan bukan dua orang,,dan juga bukan juga tiga orang yang tanya,,

"aik,Kenapa tak balik Malaysia?"

cuti panjang..sebulan (lebih kurang)..berbanding cuti raya Puasa yg lalu-hanya 3 minggu.

"Mmm,,ntahla..nak balik bulan 6 kot,inshaallah".

"alaa,duit banyak,,balik jela 2 kali.."

(dalam hati)"banyakla sangat"

"hehe..tak nak la..haritu(raya) baru je balik..Kalau bulan satu pun balik,then,,bulan enam pun balik,,tak rindula orang Mesia kat saya..tak best la.."


*****


Tapi,,bila dah tak balik,n tak ke mana2 sangat cuti ni,,except ke Lubnan (3 hari) dan Syria(1 hari),,maka,,banyakla masa saya 'menjaga' Irbid..hihi


(antara gambar trip kami di Lubnan)


(pomot HnZ =)


m,tapi,,memang berat sungguh kaki ni nak kuar dari rumah untuk keluar ke mana2,,even ke kedai..di tambah jarak rumah baru saya ke kedai fevret(zamZam market) pun dah jauh,, memang liat la nak keluar..jadi full time housewife aje..

Konon2nya,nak ikut jejak kawan2 sekeliling yang tengah ubah cara makan ke arah lebih berkhasiat(bahasa budak muda :diet)..tapi,,sebab da tak de kerja..maka,,jari ni gatal la menggoogle resepi2 bila dah ter-mengidam..

maka,bila ter-mengidam - terGoogle - terMasak --> akhirnya terMakan la..

(harapan anganku musnah..wuuu)

so,apa pengajarannya ??

kalau nak buat sesuatu(especially menda2 baik),,kena lah berJEMAAH!

contoh mudah :solat berJemaah,,(tak kira di masjid-boys atau di rumah-girls),,boleh datang 'sepakej' bila dia amalkan..
pakejnya - solat di awal waktu,,diselangi solat2 rawatib (contoh : sambil tggu ahli jemaah), masa terjaga,ukhwah ,kalau nak bincang psl rumah lps solat pun,,hati dalam keadaan bersih dan dapat berlapang dada..betol tak??

dibandingkan memang amalkan solat sorang2 ,, pakejnya? m,, mebi ade orang boleh istiqomah solat di awal waktu,,istiqomah solat sunat rawatib dan lain2..tapi,,bukan semua orang kot?
dan kalau pun boleh istiqomah buat mende2 ni,,tetaplah 'khasiat' solat berjemaah lebih besar.


dan even kalau berbalik 'kisah' saya ,, kalau di lakukan secara berJemaah,,lagila hati akan mantap dan lebih istiqomah..

*****


sebab tu,,dalam kehidupan kita di dunia ni,,kita kena cari GANG( bahasa melayu pasar) atau KUMPULAN(bahasa melayu skema) dan JEMAAH(bahasa arab yang dimelayukan)..

quote seseorang yang saya hormati " Kalau nak baik ,,jangan baik sorang2..ajak orang lain sekali.."

ni pun ayat basic 'Fikrah' yang menyeru kita kepada konsep 'bersama-sama'..konsep Kumpulan..kumpulan pencari redha Allah..

...mencari teman2 yang dapat mengingatkan dan menarik ke jalan lurus,andai kata kita terleka,hanyut(nauzubillah)....

...berdamping dengan mereka yang inginakan kemajuan Islam...ingin fikrah Islam menyebar ke seluruh dunia dengan kefahaman yang betul..

...berukhwah dengan sesiapa atas dasar kecintaan kepada Allah...

..berganding bahu dengan teman2 yang menarik manusia lain ke arah AMNM..ke arah redhaNya..

..meneruskan perjuangan Rasulullah S.A.W menyampaikan Islam...


INSHA ALLAH =)


*****

dan berbalik pasal kisah saya 'malas' keluar rumah..sebenarnya ade sedikit sebanyak di sumbangkan oleh faktor luaran..Flasher..peragut..apa2 la..

dan kes terbaru,,cubaan memperkosa!!
dan kes2 seumpama, yang mlibatkan akhowaat,,pada waktu SIANG hari!!
apa nak JADI!! astaghfirullah..

m,,maka,,bolehla kita berikhtiar,berDOA..Doa2 untuk memohon perlindungan,hanya dariNya.. dari sebarang kejahatan..




(ni doa khusus untuk elak dari dicabul dan sewaktu dengannya)



* Maaf,, entri banyak berunsur cite syok sendiri ... apa yang baik,,boleh diambil,,apa yang tak berkenan,,jadi 'halwa mata' jela..

Wassalam..

Tuesday, October 26, 2010

TAKUT



Assalamualaikum w.b.t.

TAKUT !!!

Alhamdulillah,,saya bukan jenis manusia yang boleh 'khayalkan' pasal hantu,even time duduk sorang..(setakt ni..hehe)
Bukan apa,ramai jugak yang saya jumpe,,jenis 'terbayang-bayang' hantu,kalau duduk sendiri..
Even,'hantu' ni,,bukannya wujud pun.Wallahu a3lam.

Yang disebut dalam Quran,,syaitan.Iblis.Jin.
tapi,tak pernah di mention pasal hantu..
cuma mungkin manusia ni,kadang2 terlebih kreatif gamaknye???

BTW,
entry ni bukan nak bincang pasal Hantu..atau 'takut' kat hantu..
Tapi, 'takut' kat manusia,yg berperangai ala2 hantu @ ...........

sekarang,terutamanya para wanita2 @ akhowaat Malaysia yang stadi kat Irbid,, di ANCAM oleh rase takut,,dek gangguan syabab Arab 'misteri' yang berperangai 'misteri'..

as for me myself,,memang gerun jugakla..takut...n bagi mereka yang pernah diganggu,,mesti trauma habis..erkk

(tb2 terfikir,,kalaula ade adek llaki sorang kat sini,,oh,,bestnye.. =) .. tp,macam 'mimpi' je.. =( )



KAWASAN-KAWASAN YANG MANA KERAP DILAPORKAN BERLAKUNYA KES [GANGGUAN + PECAH RUMAH] ADALAH:
  • DUWAR QUBAH [SHOPPING CORNER DSB] = 6 KES
  • BELAKANG MOQBEL = 2 KES
  • BELAKANG BANK ISKAN = 3 KES
  • BELAKANG NADI MU3ALLIMEEN = 2 KES
  • ATHAR IRBID = 2 KES
  • HIJAZI = 2 KES
  • SYARI3 JAMI3AH + ISKAN = 2 KES
  • SAKAN JPA = 1 KES
  • ZAM-ZAM = 1 KES

huh,sekarang ni,,even jalan waktu siang,,dah tak boleh 'main2'.
dah kena ade rase super-curiousity.kuatkan deria pendengaran & tajamkan deria penglihatan..

apatah lagi kalau jalan malam2..

memang kena banyakkan pergantungan kepada Allah S.W.T..hanya Allah sebaik2 pelindung.
dan ramai yg memesan amalkan 'mathurat' ,, 'doa keluar rumah' , 'ayat kursi' dan lain2.


moga kita amalkan bacaan tersebut,bukan sekadarmerasakan ia 'ayat jampi',ala2 cerita seram kat TV.(asal ade gangguan,barulah nak cari Allah,ayat Quran)..tapi,inshallah,yang paling utama,,kembali kepada kekuasan Allah sebagai pelindung mutlak,,dan bertawakkal kepadanya..
inshaallah kher..

Wallahu a3lam..Wassalam

Sunday, October 24, 2010

الدين النصيحة 2

ASSalamualaikum w.b.t..

......dah baca artikel yang lepas??...

kalau belum baca,mebi boleh baca dulu,sebelum baca artikel ni,,sbgai sambungannya..

untuk kali ni,saya sekadar ingin berkongsi apa yang Pak Cik Amru Khalid bincangkan tentang adab2 nasihat,yang sering jugak kita terlepas pandang..dan insyaallah,diselitkan cerita yang sweet =)


(ya Allah,ku mohon agar mendapat ilmu2 yg bermanfaat dan permudahkanlah daku utk mengamalkannya)


emm,sebelum bincang pasal adab,nak kongsi dulu apa syarat2 nasihat(haa..knape??hikhik..ingat nasihat tak de syarat ke??)

ade 4 Syarat2 nasihat yang Pak Cik bgtau

1 - kenal pasti apa yang nak dinasihatkan .. jangan terburu2,siasat dulu
e.g ; suatu petang,Jane bersiar-siar di taman dengan adiknya,Maria.. tibe2,die terpandang kelibat Minah ,sedang makan burger..so,inginlah Jane menyapa Maria,dan berjalan menuju ke arahnye..tibe2,Minah membuang pembalut burger ke bawah bangku..sooo

''err, betul ke mende(buang sampah merata) yang die buat ni,salah??'', detus hati kecil Jane.


2- tanamkan niat yg ikhlas , ingin menasihati kerana Allah. jangan menzahirkan perbuatan nasihat depan2 orang lain(jaga aib orang,yep) dan merasakan diri lebih baik dari org yang akan dinasihati(atau telah dinasihati) .. so,kesimpulannya,, IKHLAS

"ish,aku kena tegur Minah ni..mungkin dia terlepas pandang kot?? aku kena nasihat dia,kerana Allah..bukan utk dapat pujian dari die.."kata Jane dalam hati.
(huu..ayat sedikit skema,barangkali..tapi,tak salah kan??ngee~)

3-nasihati secara rahsia..

4-nasihati dengan belas kasihan dan kasih sayang..


(saje guna kesalahan kecil-buang sampah- supaya contoh yg diberi tak nampak ekstreme..)

sekarang,jom kita hayati pengajaran dari kisah ni..

Pada suatu hari,seorang lelaki pergi menemui Khalifah Harun Ar-Rasyid untuk menasihati baginda..niat lelaki tu,dikira baik la kan??,tapi,sayang..dia telah menggunakan kata2 yang kasar masa menegur baginda sultan..

Tahu tak,apa reaksi baginda??

"Hoi!! kamu tak reti cakap elok2 ke?? dahla nak tegur beta!! "

hehe..BUKAN!! BUKAN ini yang dibalas oleh baginda terhadap lelaki itu..
TAPI..




"Wahai saudaraku...boleh beta tanye sikit??Adakah kamu lebih baik berbading Musa a.s??"

"Tidak"

"Ermm,adakah beta ni,lebih teruk berbanding firaun?"

"Tidak"

"Kalau saudara tidaklah lebih baik berbanding nabi Musa a.s,, dan beta pula tidaklah lebih teruk berbanding firaun,, maka,, bukankah saudara tahu apa yang Allah S.W.T berfirman kepada Musa a.s ketika ingin menegur firaun ;

."But speak to Him mildly; Perchance He may take warning or fear ((Allah))." -Taahaa ;44

End of story..


Nampak tak?? canteknye keperibadian pemerintah Islam ni.. Baginda bukan sahaja boleh menerima teguran dan nasihat lelaki tersebut,,malah tak menyombong, tenang dan cool je bile ditegur dengan kurang berhemah tu..

Dari mana agak2 datangnya keperibadian secantik itu?? mestilah dari ajaran Islam yang dibawa oleh insan mulia yang amat cantik keperibadiannya,tak lain tak bukan,Nabi Muhammad S.A.W .. (jom banyak2kan selawat..)


Haa,satu lagi kisah yang sweet gitu pasal Khalifah Harun Ar-Rasyid ..

Pada suatu hari,,Khalifah Harun Ar-Rashid berjalan2 dan melalui sebuah kawasan..di situ,ada seorang pengembala kambing biri2..Lelaki tu,ade nak menyampaikan sesuatu pada baginda,,maka,dia memberhentikan baginda..
Lelaki itu berkata..

"Wahai tuanku... Jika saya nak menasihati tuanku,saya takut kepada tuanku(bayangkan,nak nasihat pemerintah..huu)..
tapi,,
Jika saya tak menasihati tuanku,saya takut (menda tak baik berlaku) ke atas tuanku.

Dan ketakutan saya(menda tak baik berlaku )ke atas tuanku , melebihi ketakutan saya kepada tuanku......

.... kerana saya sayang tuanku.. "

=) sweet ..

macam tu jugak kite..
nasihat seseorang sebab?? S.A.Y.A.N.G..

Ok,,part last,,jom tengok pulak adab2 nasihat.. ada lima.

1-belas kasihan (kasih sayang)

2-rahsia ketika menasihati

3-niat IKHLAS sebelum nasihat

4-tahu keadaan hal ehwal manusia (ap yg sy faham,kite kena tahu la keadaan dan mood kawan yang nak dinasihati tu.. )

5-yakin bahawa kecacatan dan kekurangan yang berlaku adalah pada perbuatan nya.. (contohnye,,macam jugak,kalau kite lihat kawan yang buat kemungkaran,,kita kena benci 'kemungkaran' atau 'perbuatannya',bukan benci kawan tuu..)

Ops,,ade satu lagii..

Hadis rasulullah,sebagai motivasi

"Sesungguhnya,3 golongan yg paling AWAL masuk syurga,,adalah 1-golongan SYAHID ,, 2-golongan yang menjaga kehormatan dirinya ,,,3-dan golongan yang beribadah dengan sebaik2 ibadah dan menasihati org lain ".

Ada yang berkata "Aku adalah orang yang terawal masuk masjid untuk solat.."

"Benar..Tapi,kamu bukanlah golongan yang paling awal masuk syurga...kerana kamu tidak nasihat menasihati kerana Allah "..



Sekian..

Wallahu a3lam.. Wassalam..

Rujukan : Hatta Yughaiyyiru maa bi anfusihim -pak cik Amru Khalid

Friday, October 22, 2010

K.A.H.W.I.N

Assalamualaikum w.b.t.

bila sebut perkataan ni, jiwa2 muda ni macam 'ditarik'2 oleh magnet..bukan ditarik untuk kawen pon..tapi,tertarik,untuk 'bincang' pasal menda 'menarik' ni..kadang2 ter-berbual sampai tak sedar,dah sampai sejam??atau lebih lama??huu..parah.!!

2008(tahun satu)

"eh,dengar2,ade kawan batch kite nak kawen..bulan 7 nanti.."
"eh,ye ke??mana kamu tahu??"
"adela sumber yg boleh dipercayai bagitau..dari MSD kot.."
"oo,..hurm,sapela agak2nya ya??sesama kawan2 kita ke??"
"entahla..x pasti.."

dan BLA..BLA..BLA..

31 Julai 2008

"eh,ni dah hari terkahir bulan Julai ni!!mana nye kawan kita yg kawen?"
"haah la kan? hurm,,spekulasi semata.."
"entah2,mak ayah diorang tak bagi kot..pastu tunda.."
"mungkin gak.."

dan BLA..BLA.. BLA..

huu..comel je.tersenyum sendiri ku teringat zaman2 buadak2..suka je kita semua ni 'selidik' sape nak kawen..

haa..bila ada pasangan yg dah kawen baru ni,suka je tengok semngat kerjasama kawan2 satu batch ni..dan suka jugak tengok kawan sendiri,yang bahagia disatukan dengan cinta mereka.. (cewah,,sejak bila saya ni jiwang??kui3)

tapi,

as for me myself,sejujurnya,saya suka banget tengok kawan2 kawen,sebab mereka cari jalan yg terbaik,untuk mengendalikan cinta dan hidup mereka.

dan sesungguhnya kesal sangat2,bila tengok2 realiti kawan2 (terutamanya di Malaysia) yang memang menjadikan budaya couple seolah2 satu 'kewajipan' sebelum benar2 bersedia ke alam rumah tangga..kalau single,rase macam amat malu..tak de sape nak, dll..

bila tengok Fbook teman2,

" .. in relationship with..."

"...engaged with" atau "married with..." (yang sebenarnya tak pon..)

Ya!memang tak siapa nafikan,kita memang di'set'kan dengan perasaan ingin menyintai dan dicintai..tapi,kita ada 'saluran' yang betul..K.A.H.W.I.N atau mungkin sibukkan dengan bercinta dengan Allah..

sounds serius ,bukan??

"ni,gambar suami ke?awak tak pernah bgtau pun awak dah kawen?"
" eh,,awal lagi awak!! muda lagi nak kawen..relax2 dlu"

hmm,jadi,apa sbnarnya 'fungsi' kapel ni? saya tak faham.

saya juga tak boleh faham,bila golongan2 yg blajar agama juga boleh terjebak dengan 'coupling' ni.

sedarkah kita,wahai umat islam!kita selalu layan nafsu,menjadikannya raja.(astaghfirullah)

sedarkah kita,akan lambakan bayi2 luar nikah kat negara kita?
berapa banyak bayi2 tak berdosa dibunuh dan dibuang merata2?

dari mana datangnya bayi2 ni?
agak2,dari pasangan suami isteri?atau pasangan kekasih "awal-dan-terakhir?"




hm,,nas al-Quran dengan jelas sebut "jangan dekati zina" dan bukan "jangan berzina".

Allah Maha Arif lagi Maha Mengetahui hambaNya..kalau Dia berfirman "jangan berzina"

..mesti ada yang bagi alasan kami duduk2 saje,kami kapel aje,..bukan berzina ..isk,tak terfikir pon..bla3"

cuba kita duduk muhasabah,bukankah couple tu perkara mendekatkan diri kpd zina?
bukan saya memandai,tapi,itu realiti sekarang..saya ulangi,R.E.A.L.I.T.I..

mula2 kapel2 biasa,then,jumpa,then,berdua2an,then......

hmm,sbb itu 'cinta sblum kawen' sering tercemar dan disalah tafsirkan malah, di sinonimkan dengan couple.
padahal, 'cinta sebelum kawen' ,boleh di salurkan dengan betul..

kerana aku cintakan dia...

"aku tak boleh kerap hubungi dia,lebih2 lagi jika tiada keperluan.."

"aku mesti menolak jika dia mempelawaku keluar berdua-tanpa ditemani mahram"

"aku mesti menerangkan kepadanya kenapa kami tak boleh bergambar berdua"

"aku tak boleh kacau konsentrasinya stadi atau ibadah"

""aku mesti jaga imanku,dan imannya tak boleh terjejas kerana aku.."

(situasi2 di atas-banyak yg sesuai untuk keadaan mereka yang bertunang..)


Tapi, bagi orang2 yang single macam saya ni,,mungkin tak de cinta2 atau situasi2 seperti di atas.. mungkin pulak situasi dengan kawan2 lelaki.



kerana sayangkan dia sebab dia 'adik beradek' ku di bawah 'bapa' Islam,,,

"aku mesti berusaha menjaga percakapanku..supaya tidak bernada manja,dan tidak menyenangkan mereka.."

"aku mesti cuba berusaha menjaga aurat dan penampilanku supaya tidak berlaku 'penderaan' kepada pancaindera mata mereka.."

"aku mesti cuba menjaga pergaulanku , supaya tidak berlebihan..sehingga nama ku meniti di bibir2 lelaki ajnabi,dengan kisah2 yang tidak baik"

"aku mesti menjaga hati dan imanku ,supaya mereka tidak rasa tidak tenang kerana aku.."

(PERHATIAN !! semua ayat2 di atas memang ada kena mengena dengan semua pembaca dan juga diri saya sendiri..jangan salah faham,bukannye saya mem-bajet saya atau kita mampu 'menurun'kan iman seseorang..tapi,kita,lebih2 lagi wanita ni(ececeh) perlu jaga maruah dan diri.Jika baik wanita dalam sesebuah masyarakat,maka baiklah masyarakat itu..LIHAT! besarnya peranan kita,ye?? )



berbalik pasl isu K.A.H.W.I.N..saya respek kawan2 yg mampu kawen masa belajar..honestly, saya memang tak mampu..ngee~. yela,dari segi tanggungjawab yang makin besar..pengurusan masa .. study..kawal emosi yang turun naik..dan lain2.. tu dari sudut faktor dalam diri..

manakala,dari sudut faktor luaran..
macam boleh agak..mak ayah tak bagi.."habiskan belajar dulu.."
tak de calon..huu..

ade insan2 yang berbaik ati nak tolong jadi agen2 BM,,tapi,bila diri sendiri TAK NAK, maka ,tak perlu kot terima 'bantuan' tu..(terima kasih)


p/s : rasanya masih belum terlambat,untuk sekali lagi ucap "selamat Pengantin Baru" & " moga berkekalan hingga Firdaus" buat sahabat2 seperjuanganku-Annis dan Firdaus- yang baru la jugak,membina masjid..(clap-clap)

dan semoga dipermudahkan urusan sahabat2 lain yang bakal menurut jejak langkah mereka ni..bulan 1,katanya,,(hehe)..(macam yang diagak,orang2 yang senyap2 ni,biasa kawen dulu..huu)

Wallahu A3lam.

WASSALAM =)

Thursday, October 21, 2010

الدين النصيحة



Assalamualaikum w.b.t..
Apa kabar semua? Moga baik2 saja. Iman pulak,camne keadaannya?
Sihat ? meningkat? menurun(nauzubillah)..?



Masyaallah,dah lama saya tak men-update blog ni..baik dari entri ilmiah atau entri berbentuk peribadi(ye ke??)..inila sebenarnya masalah utama,kenapa tak nak bukak blog..pasal takut tentang 'komitmen' mengupdatenya..hehe..

Baru2 ni,saya menyelak buku "hattaa yughaiyyiruu maa bi anfusihim" karangan pak cik Amru Khalid..(kalau tak kenal,tanye pak cik google)..

Tajuk yg saya 'selak', الدين النصيحة atau dalam bahasa ibunda ," Agama itu adalah nasihat."


عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: AGAMA ITU ADALAH NASIHAT . Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)


Saya tertarik dengan ulasan pak cik Amru Khalid ni..dan kalau saudara saudari pembaca baca pon,inshaallah bakal punya perasaan sama..tapi,selaku orang yang tak terer berbahasa Arab,baik ammi atau fushah,maka terkial2 jugakla saya cari makna2 perkataan. tapi,alhamdulillah,, sebab pak cik ni guna bahasa2 Arab fushah,yg mudah difahami..

Sesungguhnya,saya bukan lah ahli dalam bidang ni..tapi,inshaallah hanya nak berkongsi,apa yang saya faham dan dapat dari apa yang hadis ni sampaikan(melalui Pak Cik Amru Khalid laa)..



Masa mula2 baca hadis ni,terdetik di hati saya,Nasihat?? macam mana nak nasihat untuk Allah?untuk kitabNya?dan lain2??
apa sebenarnya maksud nasihat?

Oh,rupenye,soklan saya dah dapat 'diagak' oleh Pak Cik.(hehe..)..Nasihat didefinisikannya sebagai kehendak kepada kebaikan,terhadap orang yang diberikan nasihat..samada sorg2-individu atau umat keseluruhannya..contonye,mula2 Ali nasihat Abu.Abu pulak nasihat hashim.Hashim nasihat adek2nya.berantai gitu..so,'ter-nasihat'lah umat /masyarakat setempat..

manakala,definisi satu persatu 'Nasihah' dari hadis berkenaan :

1) Nasihah Lillah - mengimaninya/ ikhlaskan ibadah/ taatinya serta jauhi larangannya.
2) Nasihah Likitabi - yakin ia kalam Allah bukan kalam makhluk -sebagai Manhaj hidup -sesuai sepanjang zaman -berusaha memperelokkan bacaan dan faham isi kandungnya.
3) Nasihah Lirasulihi- membenarkan kenabiannya/ ikut ajarannya/ kasih terhadapnya -agungkan sunnahnya/ kaji sirahnya/ berakhlak dengan akhlaknya.
4) Nasihah Li aimmati muslimin -membantunya dalam tugasan/ nasihat ketika lupa/ halang dari berlaku zalim.
5) Nasihah Li ‘ammatihim - membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat/ ajar apa yang mereka jahil terhadap agama/galakkan mereka kepada ketaatan.




Jap,berbalik kepada "nasihat".kita pun sering dengar,orang kata "saya nasihat awak sebab saya sayangkan awak" dan sewaktu dengannya..

kalau dari definisi "nasihat" yang Pak Cik dah bgtau,Nasihat tu,macam kite nak kbaikan kepada orang yang kita nasihatkan.
TAPI...

senang ke memberi nasihat? dan senangkah pulak menerima nasihat?

saya secara peribadi,rasa lebih MUDAH dan lebih SENANG memberikan nasihat (ops,,tak habis ayat lagiii..)
kepada
orang2 yang saya sayangi,, berbanding orang yang kita kurang kenal atau kurang rapat.
(contoh,adek2 n mebi sstgh kawan)

DAN,

memang tak dinafikan,kadang2 bukan masalah sayang @ tak ,bla2..tapi,TAKUTTT!!

TAKUUT diejek?

TAKUUT dipinggirkan?

TAKUUT mengguris hati?

TAKUUT tak sesuai ?

(ni semua,di bincangkan dalam buku ni tau)

bagaimana pula dari segi menerima nasihat??senang dan mudahkah??

mungkin mudah utk terima,,kalau nasihat adalah berbentuk 'amar makruf'..tapi,kalau nasihat berbentuk 'nahi mungkar';saya secara peribadi, yang mempunyai perasaan tipikal perempuan, pun akan terasa,even sedikit.

TAPI,

kalau cuba duduk dan menilai apa isi yang dinasihatkan tu..dan membuang ego yang ada,inshaallah,boleh je terima..walaupun pada mulanya sedikit susah..

saya pernah berjumpa manusia2 yg jenis mudah menerima nasihat dan juga golongan sebaliknya..
golongan yang mudah menerima nasihat ni,,bila dinasihatkan,mereka berikan senyuman dan berterima kasih..
pastu,siap minta agar dinasihati lagi..mereka sentiasa nak memperbaiki diri,dan bersifat terbuka.

dan golongan yang sebaliknya?? bila dinasihatkan,,mereka sering terlupa 'melihat' dalam2 ,isi nasihat,tapi,memandang perkara2 lain.contohnya,
1-siapa yang menasihatkan mereka..? (dari segi umur-masalah kalau yg menasihatkan adalah lebih muda) .. (kalau kawan-partner in crime jugak..hehe-)
2-mengungkit 'silap2' si penasihat ni pernah buat..(well,tak de org maksum selain nabi.!!)
3-menelek2 bahasa,kosa kata dan lain2 (saya juga setuju pasal pggunaan bahasa yg betul untuk nasihat..)

apa2 pun,semuanya bermula dari dalam diri masing..samada "NAK" atau "TAK"..

"hidayah Allah datang dari pelbagai CARA..ada melalui mimpi,melalui pembacaan,ceramah dan mungkin melalui kawan-dari nasihat dan tegurannya.jadi,sayangnye kalau hidayah tu,ditolak ?? "

WALLAHU A3LAm..




source :


"hattaa yughaiyyiru maa bi anfusihim"