Friday, October 22, 2010

K.A.H.W.I.N

Assalamualaikum w.b.t.

bila sebut perkataan ni, jiwa2 muda ni macam 'ditarik'2 oleh magnet..bukan ditarik untuk kawen pon..tapi,tertarik,untuk 'bincang' pasal menda 'menarik' ni..kadang2 ter-berbual sampai tak sedar,dah sampai sejam??atau lebih lama??huu..parah.!!

2008(tahun satu)

"eh,dengar2,ade kawan batch kite nak kawen..bulan 7 nanti.."
"eh,ye ke??mana kamu tahu??"
"adela sumber yg boleh dipercayai bagitau..dari MSD kot.."
"oo,..hurm,sapela agak2nya ya??sesama kawan2 kita ke??"
"entahla..x pasti.."

dan BLA..BLA..BLA..

31 Julai 2008

"eh,ni dah hari terkahir bulan Julai ni!!mana nye kawan kita yg kawen?"
"haah la kan? hurm,,spekulasi semata.."
"entah2,mak ayah diorang tak bagi kot..pastu tunda.."
"mungkin gak.."

dan BLA..BLA.. BLA..

huu..comel je.tersenyum sendiri ku teringat zaman2 buadak2..suka je kita semua ni 'selidik' sape nak kawen..

haa..bila ada pasangan yg dah kawen baru ni,suka je tengok semngat kerjasama kawan2 satu batch ni..dan suka jugak tengok kawan sendiri,yang bahagia disatukan dengan cinta mereka.. (cewah,,sejak bila saya ni jiwang??kui3)

tapi,

as for me myself,sejujurnya,saya suka banget tengok kawan2 kawen,sebab mereka cari jalan yg terbaik,untuk mengendalikan cinta dan hidup mereka.

dan sesungguhnya kesal sangat2,bila tengok2 realiti kawan2 (terutamanya di Malaysia) yang memang menjadikan budaya couple seolah2 satu 'kewajipan' sebelum benar2 bersedia ke alam rumah tangga..kalau single,rase macam amat malu..tak de sape nak, dll..

bila tengok Fbook teman2,

" .. in relationship with..."

"...engaged with" atau "married with..." (yang sebenarnya tak pon..)

Ya!memang tak siapa nafikan,kita memang di'set'kan dengan perasaan ingin menyintai dan dicintai..tapi,kita ada 'saluran' yang betul..K.A.H.W.I.N atau mungkin sibukkan dengan bercinta dengan Allah..

sounds serius ,bukan??

"ni,gambar suami ke?awak tak pernah bgtau pun awak dah kawen?"
" eh,,awal lagi awak!! muda lagi nak kawen..relax2 dlu"

hmm,jadi,apa sbnarnya 'fungsi' kapel ni? saya tak faham.

saya juga tak boleh faham,bila golongan2 yg blajar agama juga boleh terjebak dengan 'coupling' ni.

sedarkah kita,wahai umat islam!kita selalu layan nafsu,menjadikannya raja.(astaghfirullah)

sedarkah kita,akan lambakan bayi2 luar nikah kat negara kita?
berapa banyak bayi2 tak berdosa dibunuh dan dibuang merata2?

dari mana datangnya bayi2 ni?
agak2,dari pasangan suami isteri?atau pasangan kekasih "awal-dan-terakhir?"




hm,,nas al-Quran dengan jelas sebut "jangan dekati zina" dan bukan "jangan berzina".

Allah Maha Arif lagi Maha Mengetahui hambaNya..kalau Dia berfirman "jangan berzina"

..mesti ada yang bagi alasan kami duduk2 saje,kami kapel aje,..bukan berzina ..isk,tak terfikir pon..bla3"

cuba kita duduk muhasabah,bukankah couple tu perkara mendekatkan diri kpd zina?
bukan saya memandai,tapi,itu realiti sekarang..saya ulangi,R.E.A.L.I.T.I..

mula2 kapel2 biasa,then,jumpa,then,berdua2an,then......

hmm,sbb itu 'cinta sblum kawen' sering tercemar dan disalah tafsirkan malah, di sinonimkan dengan couple.
padahal, 'cinta sebelum kawen' ,boleh di salurkan dengan betul..

kerana aku cintakan dia...

"aku tak boleh kerap hubungi dia,lebih2 lagi jika tiada keperluan.."

"aku mesti menolak jika dia mempelawaku keluar berdua-tanpa ditemani mahram"

"aku mesti menerangkan kepadanya kenapa kami tak boleh bergambar berdua"

"aku tak boleh kacau konsentrasinya stadi atau ibadah"

""aku mesti jaga imanku,dan imannya tak boleh terjejas kerana aku.."

(situasi2 di atas-banyak yg sesuai untuk keadaan mereka yang bertunang..)


Tapi, bagi orang2 yang single macam saya ni,,mungkin tak de cinta2 atau situasi2 seperti di atas.. mungkin pulak situasi dengan kawan2 lelaki.



kerana sayangkan dia sebab dia 'adik beradek' ku di bawah 'bapa' Islam,,,

"aku mesti berusaha menjaga percakapanku..supaya tidak bernada manja,dan tidak menyenangkan mereka.."

"aku mesti cuba berusaha menjaga aurat dan penampilanku supaya tidak berlaku 'penderaan' kepada pancaindera mata mereka.."

"aku mesti cuba menjaga pergaulanku , supaya tidak berlebihan..sehingga nama ku meniti di bibir2 lelaki ajnabi,dengan kisah2 yang tidak baik"

"aku mesti menjaga hati dan imanku ,supaya mereka tidak rasa tidak tenang kerana aku.."

(PERHATIAN !! semua ayat2 di atas memang ada kena mengena dengan semua pembaca dan juga diri saya sendiri..jangan salah faham,bukannye saya mem-bajet saya atau kita mampu 'menurun'kan iman seseorang..tapi,kita,lebih2 lagi wanita ni(ececeh) perlu jaga maruah dan diri.Jika baik wanita dalam sesebuah masyarakat,maka baiklah masyarakat itu..LIHAT! besarnya peranan kita,ye?? )



berbalik pasl isu K.A.H.W.I.N..saya respek kawan2 yg mampu kawen masa belajar..honestly, saya memang tak mampu..ngee~. yela,dari segi tanggungjawab yang makin besar..pengurusan masa .. study..kawal emosi yang turun naik..dan lain2.. tu dari sudut faktor dalam diri..

manakala,dari sudut faktor luaran..
macam boleh agak..mak ayah tak bagi.."habiskan belajar dulu.."
tak de calon..huu..

ade insan2 yang berbaik ati nak tolong jadi agen2 BM,,tapi,bila diri sendiri TAK NAK, maka ,tak perlu kot terima 'bantuan' tu..(terima kasih)


p/s : rasanya masih belum terlambat,untuk sekali lagi ucap "selamat Pengantin Baru" & " moga berkekalan hingga Firdaus" buat sahabat2 seperjuanganku-Annis dan Firdaus- yang baru la jugak,membina masjid..(clap-clap)

dan semoga dipermudahkan urusan sahabat2 lain yang bakal menurut jejak langkah mereka ni..bulan 1,katanya,,(hehe)..(macam yang diagak,orang2 yang senyap2 ni,biasa kawen dulu..huu)

Wallahu A3lam.

WASSALAM =)

10 comments:

  1. pakat2 ke klntan bln 1 ni.. makan nasi minyakkk......hahhaa

    ReplyDelete
  2. kena tempah tiket la ni.. yg belah perempuan,org mane??

    ReplyDelete
  3. hahaha..
    same negeri la kowt...
    kemungkinan yg amat besar di situ...
    semua org pun tahuu..

    ReplyDelete
  4. mesti la yang senyap2 kahwin dulu...
    xkan nak bagi orang tahu mereka sedang berhubung....tambah2 kalau dh lama kapel.....
    hahhaa...kantoi jee...

    gembira jgk bagi yg nak kahwin ni...mesti dah lama kapel... syukur la..tiada masalah hati lagi lepas2 ni..

    -ex-misri-

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. eh,eh..maksud saya yang 'senyap2' tu adalh org pendiam..hehe..

    bukan bmaksud pasal 'couple rahsia' atau ape..
    papepun,selamat la segalanya,inshaallah..

    (ex-misri tu ape??)

    ReplyDelete
  7. aih akak..macam dah x lame je ni..hehe

    entri yg bgus ni akak.. boleh bgunkan hati2 manusia yg sedang lena.. (^_^)

    semoga berbahagia akak dgn buku2..taun depan nak grad dah tu.. hehe Y(^_^)

    ReplyDelete
  8. hoo.baru 'tgkap'..ex-misri tu mesir,eak?

    abu nahfis : aamiin,inshaallah(pasl grad tu)

    psl 'yg dah tak lame' tu,,lame lg kot..

    ReplyDelete
  9. [mesti la yang senyap2 kahwin dulu...
    xkan nak bagi orang tahu mereka sedang berhubung....tambah2 kalau dh lama kapel.....
    hahhaa...kantoi jee...

    gembira jgk bagi yg nak kahwin ni...mesti dah lama kapel... syukur la..tiada masalah hati lagi lepas2 ni..

    -ex-misri-]

    sape golongan ex-misri ni???
    mantap ayat2 nya , berbunga2
    jgn cepat membuka pekung org lain ,andai org tu x "mendedahkan" di khalayak ramai(xde bukti bissorohah) ,
    rsenya x elok suggest2

    *renungan ayat quran psl tajjasu...

    ReplyDelete
  10. to anonymous yg latest :

    sy sokong..

    to ex-misri :
    skdr pndgn,,tak semestinya yang kawen tu,,dah lama kapel dll..tak baik generalize org mcm tu..

    ReplyDelete