Friday, June 18, 2010

uKhwaH FiLLaH..


Wish for Hana comel...

            * Thanks for everything...
            * Jangan lupa aku ye... Forget me not...
            * Semoga berjaya dalam exam nanti...
            * Semoga bahagia di dunia dan akhirat... Insya Allah...
            *Love you forever...

Sahabatmu,  
Mardhiyyah

Hana tersenyum. Kad comel yang diterimanya 15 tahun lalu dipegang. Dia mencium kad itu. Tanpa disedari, air matanya menitis. Kenangan di alam persekolahan menerjah mindanya. Kenangan itu membawa seribu satu pahit manis alam persahabatan. Di waktu itu jugalah, dia banyak belajar tentang erti kehidupan. Dia masih ingat saat bersama dengan sahabat baiknya, Mardhiyyah. Sahabat sejati yang dicari-cari selama ini. 

Walaupun rumah mereka berjauhan, mereka masih saling berhubung. Gembira bersama, sedih bersama, segalanya bersama. Hana bersyukur setelah ditawarkan bekerja di satu daerah yang sama dengan sahabat baiknya itu. Mardhiyyah banyak membantunya. Daripada masalah di sekolah, bahkan di tempat kerja sehinggalah ke masalah peribadi. Hinggakan calon suami pun Mardhiyyah sanggup tolong carikan.

Dia masih ingat kata-kata Mardhiyyah, mahu menjadi seperti Khaulah binti Hakim. Wanita solehah di zaman Rasulullah S.A.W. yang menjadi orang perantara untuk melamar Saudah Zam'ah untuk baginda Rasulullah. Beliau seorang pencari jodoh yang mulia dan dihormati. Mardhiyyah mahu mencontohinya. Dia mahu Hana mendapat suami soleh, bertanggungjawab, warak dan mampu membimbingnya ke jalan yang benar. 


" Kau yang rajin sangat carikan suami untuk aku, kau tu bila lagi, Mardhiyyah? "  

Hana teringat selorohnya kepada Mardhiyyah.
" Ala... Bukan selalu. Aku nak sangat tengok kau kahwin. Tengok anak-anak kau. Takut tak sempat pula nanti, " sambung Mardhiyyah. 


" Ish... Kau ni. Mengarut je la. Nanti aku kahwin, kau jadi pengapitnya. Aku bersalin, kau jadi bidannya. Boleh janji? " 





" Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: ‘Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi', kecuali (dengan menyebut): ‘Insya Allah'. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: ‘Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini. " 


Pantas Mardhiyyah menyambung dengan membacakan tafsiran ayat 23 dan 24 dari surah Al-Kahfi. Begitu mendalam sekali maksud tafsiran itu. 


Walaupun dilahirkan sebagai anak yatim piatu, Mardhiyyah bersyukur kerana telah dijaga dan diasuh oleh arwah neneknya, yang merupakan seorang guru agama. Dia telah terdidik dengan segala cabang ilmu agama sejak kecil. Bahkan, seawal usia 15 tahun dia sudah pun boleh menghafal 30 juzuk Al-Quran.


" Jadi, apa maksudnya, Ustazah Mardhiyyah?"  Hana menyambung selorohnya.

Disebabkan kepetahan Mardhiyyah membicarakan hal-hal agama juga telah menyebabkan dia digelar ‘ustazah' di kalangan rakan-rakannya di sekolah. 


" Insya Allah... Kalau umur aku panjang, bolehlah aku jadi pengapit dan ‘mak bidan' kau. Sebab itu aku tak mahu janji. Faham tak, anak muridku sayang? " 


Lantas, Mardhiyyah mencuit hidung mancung milik Hana. Mereka berdua tertawa. Tidak menghiraukan suasana sekeliling. Hana teringat detik itu. Waktu itu. Kalaulah masa boleh diputar kembali, dia ingin saat itu terhenti. Kalaulah.

Tidak lama selepas itu, Hana telah dipertemukan dengan seorang pemuda yang kini menjadi ‘raja' dihatinya iaitu suaminya. Pertemuan yang tidak dijangka itu telah membibitkan rasa cinta antara mereka yang sudah semestinya bertunjangkan cinta kepada Rabbul Jalil. Semua itu aturan Ilahi yang telah diilhamkan kepada hambanya-Nya yang solehah. Hana sama sekali tidak menyangka bahawa pemuda itu merupakan sepupu kepada Mardhiyyah. Begitu hebat sekali percaturan Yang Maha Kuasa. 


Petang Rabu itu, Mardhiyyah mengajak Hana untuk sama-sama solat berjemaah di Masjid At-Taqwa. Kebetulan hari itu akan diadakan kuliah Maghrib di masjid tersebut. Memang menjadi rutin mereka untuk menghadiri mana-mana majlis ilmu yang dianjurkan. 

" Majlis ilmu merupakan salah satu daripada taman-taman syurga Allah. Berpuluh ribu malaikat akan turut bersama kita dalam majlis seperti ini. Jadi, ambillah kesempatan ini untuk memohon tiga perkara daripada Allah. " Mardhiyyah mengingatkan. 

" Perkara apa, Mardhiyyah? " soal Hana. 


" Pertama, mohonlah syurga daripada Allah. Kedua, mohon supaya diri kita dijauhkan daripada api neraka dan ketiga, mohon diampunkan segala dosa-dosa kita. Insya Allah, Allah akan makbulkan permintaan hamba-Nya yang ikhlas. " 


Hana tersenyum mendengar penjelasan itu. Berbunga hatinya lantaran takjub dengan kebesaran Illahi.

Usai solat Isya' berjemaah, mereka mengambil kesempatan untuk mengemas masjid itu. Al-Quran disusun dengan rapi. Telekung disangkut di tempatnya. Sejadah dilipat kemas. Sewaktu meletakkan sejadah di atas rak, Hana terpandang sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis sahih Riwayat Bukhari dan Muslim. Dia begitu tertarik lantas dicapainya kitab itu. Tertib sekali dia membuka kitab itu agar tidak terkoyak mahupun rosak.

Satu persatu halaman kitab itu dibeleknya. Matanya terpaku tatkala membaca satu hadis Riwayat Bukhari yang bermaksud;


" Wahai pemuda! Sesiapa yang mampu akan maskahwin maka berkahwinlah kerana ia lebih merendahkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah kerana ia menjadi perisai baginya. " 


Hana tersenyum sendiri lantaran teringat kata-kata Mardhiyyah yang ingin mencari suami untuknya. Dia tidak menyedari, perbuatannya itu diperhatikan oleh seorang pemuda. " Assalamualaikum. " Pemuda itu menyapanya. Hana terkejut.

Hampir-hampir sahaja kitab itu terlepas dari pegangannya. Dia beristighfar sambil mengurut-urut dadanya.
" Waalaikumsalam. " Cepat-cepat Hana menjawab. Dia tahu hukum menjawab salam adalah wajib. " Maafkan saya. Saya tak berniat nak membuatkan saudari terperanjat tadi. "

Lembut dan tenang tutur kata pemuda itu sewaktu memohon maaf atas tindakannya itu.
" Oh... Tak ada apa. Saya yang leka sikit tadi. " Hana sempat mengerling ke arah pemuda itu lalu ditundukkan kembali pandangan matanya.

Subhanallah! Dia terpegun melihat ketampanan wajah pemuda itu. Riak wajahnya begitu tenang, bisa menggugat keteguhan iman seorang yang bernama wanita. Hana tidak berani mendongak ke arah wajah itu kerana tidak mahu terjerat dengan perangkap Iblis Laknatullah.

Dia teringat salah satu hadis Rasulullah yang menjadi pegangannya yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang bermaksud: 


" Rasa malu dan iman adalah sejoli. Bila yang satu lenyap, yang lainnya lenyap juga. " 


" Saya Aiman Ashraff. Saudari? " tanyanya. " Hana Insyirah. " Dia masih tunduk.

Pertemuan itu rupanya diatur oleh Mardhiyyah yang sedang asyik memerhatikan sahabatnya itu. Aiman merupakan seorang pensyarah agama di salah sebuah universiti dalam negara. Pertemuan itu juga merupakan titik permulaan ke alam perkahwinan bagi Hana yang disaksikan oleh berpuluh ribu malaikat di rumah Allah itu. Perkahwinan yang bakal menjanjikan kebahagiaan berumahtangga yang dilimpahi mawaddah wa rahmah dari Ilahi.

Dua minggu sebelum pernikahan Hana dan Aiman, Hana menerima 'SMS' daripada Mardhiyyah. 

Doa dari seorang sahabat:

Ya Allah, jika sahabatku jatuh CINTA, berikanlah cintanya pada seseorang yang melebihkan cinta pada-Mu agar bertambah kekuatannya untuk menyintai-Mu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh HATI, izinkanlah hatinya menyentuh hati orang yang hatinya tertaut pada-Mu agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah. Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku RINDU, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu, jagalah rindunya pada-Mu agar dia tidak lalai dari merindui syurga-Mu... Amiin...


Hana terkedu. Sebak mencengkam dadanya. Terasa sesak nafasnya tatkala membaca 'SMS' itu. Hana berdoa dalam hatinya. 


" Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana telah menemukan aku dengan sahabatku, Mardhiyyah. Segalanya atas izin-Mu jua. Kau limpahkanlah rahmat ke atasnya. Kekalkanlah persahabatan ini hingga ke akhir hayat kami. Amiin. "


Dengan sekali lafaz, Hana selamat diijab kabulkan dengan Aiman. Air matanya bergenang. " Sekarang kau dah jadi isteri orang. Tak lama lagi, jadi ibu orang pula. Ingat, tanggungjawab kau makin besar. Jangan sesekali abaikan tanggungjawab kau tu. Syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya tau, " bisik Mardhiyyah. Hana mengangguk. " Syukran, Mardhiyyah. " Hana mencium pipi sahabatnya itu. Terasa bagaikan ada aura yang mengalir. Mereka tersenyum.

Tidak lama kemudian, Mardhiyyah pula mengikut jejak langkah Hana. Jodohnya dengan seorang peguam syariah, Luqman Hakim namanya. Namun, segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Suaminya telah kembali ke rahmatullah sewaktu dia mengandung anak kedua. Suaminya pergi semasa sedang tidur. Mardhiyyah tidak menangis, apatah lagi meratap. Dia begitu tenang sekali menghadapi saat-saat itu. Dia redha. Jodoh, ajal, maut semuanya dalam genggaman Rabbul Alamin.
" Sabarlah, Mardhiyyah. Allah lebih sayangkan suamimu. Panjatkanlah doa agar rohnya tenang di sisi para solihin, " Hana menenangkannya.

Dia tahu betapa luluhnya hati Mardhiyyah tika itu. Mereka berpelukan. Tiada kata yang mampu diucapkannya.

Usia kandungan Mardhiyyah sudah mencecah lapan bulan. Semenjak kematian suaminya, dia banyak bersendirian, beribadah kepada Allah disamping menjaga anak sulungnya yang berusia 5 tahun.
" Hana, aku nak minta tolong sesuatu dari kau, boleh? " ujar Mardhiyyah pada satu petang. Petang yang begitu hening. " Insya Allah... aku akan cuba penuhi permintaan kau tu. "

Mardhiyyah menarik nafas panjang.
" Kalau aku dah tak ada nanti, boleh tak kau jaga anak aku, Amirul dan ‘baby' yang bakal lahir ni? " Mardhiyyah mengusap-usap perutnya dengan penuh kasih sayang. " Ish... Kau ni. Kenapa cakap macam tu pulak? Kan kita dah janji akan jaga anak kau sama-sama. " Hana gusar.

Mardhiyyah memegang perutnya.
" Nanti ‘baby' jangan nakal-nakal tau. Jadi anak solehah. Jangan degil. Jangan gaduh dengan Abang Amirul. Ummi sayang anak-anak ummi. "

Hana sebak. Dia tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.
" Hana, nanti kau namakan ‘baby' ni... Khaulah... Ummu Khaulah. "

Mardhiyyah tersenyum. Mungkin senyuman terakhir. Senyuman yang bisa merungkaikan segala kesulitan di hati seorang sahabat.
" Ya, Mardhiyyah. Aku akan buat apa saja untuk kau, " Hana menahan tangisnya. " Insya Allah? " ujar Mardhiyyah. " Insya Allah, Mardhiyyah. " 


***


" Mama! " 

Lamunan Hana terhenti. Ummu Khaulah berlari-lari ke arahnya.
" Ya, sayang. Belajar apa di tadika hari ni? " tanya Hana sambil merangkul tubuh si kecil itu. " Hari ni Khaulah belajar melukis, ma. Cikgu tu cakap, lukisan Khaulah cantik. Besar nanti boleh jadi pelukis. Mama, boleh jual tak lukisan ni? Boleh tambah duit poket. "

Hana tersenyum mendengar kepetahan Khaulah.
" Ada orang nak beli ke lukisan ni nanti? Lagi satu, besar nanti nak jadi pelukis ke? "gurau Hana. " Tak lah, mama. Khaulah nak jadi doktor Islam. Lukisan tu mama lah yang beli. "sambung Khaulah sambil ketawa.

Hana mengucup dahi Khaulah. Dia berasa begitu bahagia.


Mardhiyyah,
Dah enam tahun kau tinggalkan kami. Kau pergi di saat melahirkan Khaulah. Kau pernah beritahu aku. Mati semasa melahirkan anak merupakan salah satu tanda mati Husnul Khatimah. Amirul dan Khaulah aku jaga macam anak-anak aku sendiri. Masing-masing dah bersekolah. Khaulah mewarisi kepetahanmu dan Amirul mewarisi kesabaranmu. Amirul banyak bersabar dengan kerenah keanak-anakan adiknya itu. Kedua-duanya bijak seperti kau dulu. Janjiku pada kau akan aku laksanakan sebaiknya. Insya Allah... Aku terlalu merinduimu, Mardhiyyah. Rindu saat-saat dulu. Terima kasih atas segalanya. Kaulah sahabatku, selama-lamanya. Doaku agar rohmu ditempatkan di kalangan para syuhada'. Amiin.

Hana menyimpan semula kad itu. Air matanya mengalir lagi.

Friday, June 11, 2010

10 GaNgGuAn SyAiTAn DalAm SoLaT.




1) WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM



Saat mulai membaca takbiratul ihram 
"Allahu Akbar" , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. 
Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir. 
Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku'.

Ibnul Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa dan tidak nyaman.


2) TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT


Sahabat Rasulullah SAW iaitu ‘Utsman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,"Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancu". Rasulullah SAW menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku". (HR. Muslim)


3) LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN


Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, "Jika salah seorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam". (HR Bukhari dan Muslim)


4) HADIRNYA FIKIRAN YANG MEMALINGKAN KONSENTRASI





Abu Hurairah r.a berkata, "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia shalat". (HR Bukhari)


5) TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT


Ibnul Qayyim berkata, "Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gelabah, asal dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berperilaku hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul karena dua perilaku buruk, iaitu sembrono dan terburu-buru sebelum waktunya".

Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal. Asal mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang shalat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karana solat yang telah ia kerjakan belum sah.


Rasulullah SAW bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur'an yang mudah bagimu, lalu ruku'lah sampai kamu benar-benar ruku' (thuma'ninah), lalu bangkitlah dari ruku' sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu" (HR Bukhari dan Muslim)




6) MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU


Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat: "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW". Orang tersebut bertanya, "Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW", kata Ibnu Umar. (HR Tirmidzi)


7) MELIHAT KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT


Dengan sedar atau tidak, orang tersebut melihat ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum melihat ketika solat". Rasulullah SAW menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba". (HR Bukhari)


8)MENGUAP DAN MENGANTUK





Rasulullah SAW bersabda, "Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin". (HR Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda, "Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ha... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya". (HR Bukhari dan Muslim)


9) BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT







Syaitan ingin menggangu kekhusyu'an solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan" (Riwayat Thabrani). Ibnu Hajar mengomentari kenyataan Ibnu Mas'ud, "Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain karena syaitan memang ingin menggangu solat seseorang dengan berbagai cara"


10) TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR


Rasulullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya". (HR Muslim)




Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Friday, May 21, 2010

" will U date me ??"


Salam..


Alhamdulillah,pada hari Rabu lalu,bersamaan 19 Mei 2010,kami telah berjaya berkumpul bersama-sama..

Memang dah begitu lama,kami,ahli-ahli Medist_Just07 tak berkumpul macam ni.Maksud saya,bersama-sama ,kawan-k
awan Medic dan Dentist.Rasanya,kali terakhir,pada Annual Grand Luncheon,akhir semester lalu..

Medist_Just07 adalah nama group yang terdiri daripada para akhawaat Mep_7 di Jordan..Kami ade Yahoo Group sendiri,
asing dari Mep_7..Di sinilah,kami membincangkan topik2 sesama kami,bergurau dan spamming..hehe..

Pada program "will U date me",program U
TAMAnya adalah solat hajat.
Tapi,malam tu,bukan sekadar solat Hajat.

-Ada makan-makan..alhamdulillah,makanannya BEST gitu!!

-GAME ''so U know me better'' (adek bongsuku terpilih jadi salah satu 'soalan'..hikhik)
Game ni memang menceriakan semua o
rang..Kan??
Boleh test setakat mana pengetahuan kita tentang kawan-kawan ni..


(ayuni-tapi,malam tu,guna gambar lain)


-persembahan

-tayangan video..(kredit to Irah n crew)
3 words about me : full of expression,mesra,comey lote..

"entah sape yang bagi description",i wond
er.


-last but not least,macam tajuknya,saya pun kena 'date' untuk pertama-tama kali..huhu



kami semua dipasang-pasangkan..

Pasangan saya ialah Kak Wan(alamak,nama panjang tak berapa pasti pulak ejaannya)..sori Kak Wan

Secara peribadinya,saya memang seronok..
Sebab ade peluang jumpa kawan2 Medic yang memang amatla jarang jumpa..

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui perasaan rindu ini..Chewah..

Tapi,

Ade gak kawan2 yang tak dapat datang,but,I know they've their own reasons.
Tak pe...


Last nya,saya suka untuk mengajak diri saya dan para pembaca mentadabbur satu ayat ni :


“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”
(Al Anfaal : 63)




Tuesday, May 11, 2010

aDe APe NgaN TuDuNg?






Kawan-kawan aku pon ada gak yang pakai tudung besar-besar ni, tapi sekarangkan macam-macam tudung ada. Kau, ni up to date la sikit. Kita sekarang kena ada style la”

Rungutan berbaur sinis ini masih tidak menggoyangkan rasa cinta aku pada tudung bulat..
“ kesianlah aku tengok kau ni.”, sambil tangan beliau mencari-cari tudung berjenama artis dan menghulurkannya pada ku. Aku ambil, sebagai menyenangkan hatinya. Ku gantikan tudung bulat yang ku pakai dengan tudung biru terqouis yang beliau berikan. Memang padan dengan baju kurung putih berbunga sama warna dengan tudung itu.
“Ish, tak reti la, tudung ni melekat kat badan. Tak selesa la, panas.” Terfikir juga, betulkah jawapanku ini.

“Melekat kat badan? Abes tudung kau tu tergantung ke kat badan kau tu. Tudung bulat kau yang boleh buat kain kemah tu tak panas ke?”.

Huh, berdesing telingaku mendengar kutukan pada tudung kesayanganku itu. Sanggup beliau mengatakan sedemikian padaku. Apakah kesalahnnya tudung bulat ni sehingga ia amat di benci dipandangan mata muslimat kini. Malah, pemakainya juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah dan cemuhan.

“Ish tudung besar tu tah dalam tudung tu macam-macam ada.”
“Ala tudung melingkup macam cendawan tu same gak we.

“Kawan aku, tudung die besar bukan main, berjubah lagi, tup-tup mengandung kau tahu.”

Kami manusia, wahai saudara-saudaraku. 

Seperti kata pepatah, “kerna nila setitik, rosak susu sebelanga”. 
Bukan niat mahu membenarkan yang salah,cuma tidak perlulah kami sentiasa dicemuh dan dihina... 
Biarkan mereka menanggung dosa sebagai munafik,usah kalian menambah pula dosa kalian dengan mengumpat mereka.
Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.

Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.


Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya... 

Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. 
Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. ..
Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. 
Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.

Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami ...

Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami... 
Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. 
Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. 
Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. 
Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. 
Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. 
Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraannya amatlah baik sekali. 
Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. 
Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. 
Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.





Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan
Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. 
Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah...
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami sayang bumi kami. 

Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. 
Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. 
Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. 
Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya. AURAT. Apa definisinya pada kalian?
Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…”

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? 

Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian?
Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. 
Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. 
Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. 
Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. 
Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. 
Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.




Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. 

Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. 
Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. 
Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. 
Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. 
Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantikan ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. 
Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. 
Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.
Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu.

Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami...

Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. 

Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guu pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian. 
Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? 
Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? 
Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.

Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar. 

Jangan kalian mengutukkan aku dibelakang kerna aku tidak dapat mendengarnya. 
Jangan pula kalian menjauh kerna, aku juga tidak bisa membaca hati kalian. 
Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. 
Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. 
Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati.





Sunday, May 9, 2010

erk,kenapa KULIT ni ada 'corak' ??

Assalamualaikum w.b.t.

Pernahkah kawan2 terfikir,'susunan' hidup kita yang begitu cantik?
SUBHANALLAH!ALHAMDULILLAH!ALLAHU AKBAR!

Hujung minggu lalu(petang Jumaat-7 Mei 2010),saya sedikit kebosanan.
Maka,tink!datanglah ilham (inshaallah petunjuk dariNya)untuk mminjam buku dari osmet,memandangkan saya memang jarang beli buku , sebabnye  jarang habis baca buku yang dibeli.

Antara buku yang saya pinjam, HALAL HARAM(a guide by Consumers Association of Penang). Seperti yg telah saya nyatakan,susunan ALLAH itu amat cantik.
Keesokan harinya,ada seorang kawan telah menunjukkan kasut yg baru dibelinya dari balad(pekan) Irbid.Saya dan rakan-rakan yang ada di situ menilik-nilik kasut tersebut.Tiba-tiba,ter –jumpa titik-titik kecil bertiga-tiga di bahagian kulit dalam kasut itu.

Sebelum ini,memang pernah terbaca perihal kulit yang ada titik-titik ni.Tapi,ini,1st time,tengok sendiri.
Tahu tak,apakah ia?(skema ayatku)Itu adalah kulit Khinzir.
Jadi,buat kawan-kawan ladiesku,yang memang suka shopping,kalau nak membeli,beringat-ingatlah.Kadang2,tak dinafikan kita tahu,tapi,sifat lupa boleh menjelma.Maka,mungkin membeli-belah bersama rakan yang boleh mengingatkan,boleh membantu.



(gambar contoh-bukan kasut yang diceritakan tadi)


(dari dalam)



(contoh selipar pulak)



(zoom OUT)

Biasanya,kulit KHINZIR ni,digunakan pada kasut(keseluruhan @ bhgian dalam), jaket,wallet,beg tangan dan beg silang.Jadi,berwaspadalah kita sebagai pembeli dan pengguna.ha,sila check2 barangan kulit anda..

Penutup,sebagai umat Islam,perlulah ada bezanya cara membeli kita dengan orang bukan Islam. Janganlah pula,bila membeli,hanya terfikir soal rupa,harga,mutu,keunggulan.Tapi,tak terlintas di minda soal halal dan haram.(p/s:ini peringatan buat saya terutama-tamanya)
Bukan sahaja soal barang2,tapi,bagi saya,yang paling menakutkan,soal makanan dan minuman,yang nantinya sebati jadi darah daging kita.Nauzubillah

Pengajarannya :
1.biar kita both "menang membeli dan menang memakai"
2.saling ingat mengingatkan antara satu sama lain.bukan sahaja pasal barangan kulit,tapi,semuanya...huu
3.elakkan membeli barangan China..kuang2.

Wallahu a'lam.

Wassalam

JIM.NUN ---> JIN

Bismillahirrahmaanirrahiim.


SALAM..



"Jangan biarkan diri anda diselubungi ,,, MISTERI.."Masihkah kawan2 ingat,ungkapan ini?

Yup!Ini adalah 'trade mark' rancangan Misteri Nusantara yang suatu ketika dahulu, ditayangkan di TV3.Saya tak pasti pulak,kalau rancangan ini masih ke udara di televisyen..

Hmm,pada entry "Rosak Pemikiran"yang lepas,Kak Ngah a.k.a Mira dah mengutarakan pendapatnya,berkenaan citer HANTU @ SERAM yang makin berlambak di siaran televisyen.
Pada entry ini,saya bukanlah nak mengulas pasal cerita HANTU,hasil imaginasi manusia ..

Tapi,nak bawak@buat siket perkongsian pasal JIN dengan kawan2 yg sudi membaca.. Perkongsian ini,hasil pembacaan dan penerangan ustaz yang saya dengar..Inshaallah,boleh menambahkan serba sedikit ilmu kita.Saya tak cerita semua,nanti,orang tak larat nak bace..
(panjang betul muqaddimah,sori..)

OK!

PERTAMA

JIN,dalam bahasa Arab,terdiri daripada dua huruf,iaitu ج dan ن ,yang bermaksud TERTUTUP.Mereka TERTUTUP dari penglihatan manusia.

"...Sesungguhnya,syaitan dan kaumnya,melihat kamu dalam keadaan kamu yang tidak dapat melihat mereka" (al-A'raf:27)

Begitu juga penamaan JANIN (bayi dalam kandungan),kerana keadaannya yang tertutup dalam perut ibunya.Penamaan JANNAH(syurga) kerana dilitupi pokok-pokok.Juga,penamaan MAJNUN(org gila) kerana akalnya tertutup dan tidak dapat berfungsi..


KEDUA = QARIN ??

Tahukah,kita semua(jeng-jeng),Allah tlh menjadikan teman@ pendamping @Qarin daripada golongan jin bagi setiap manusia.Istilah "Qarin" ade tersebut dalam al-Quran. Qarin ni,bertugas menyuruh manusia kepada kejahatan,tetapi,Rasulullah S.A.W,telah dikecualikan dari masalah ini.

Daripada Abdullah bin Mas'ud :Rasulullah telah bersabda( yang bermaksud )
"Setiap seorang daripada kamu pasti mempunyai teman dari kalangan jin.Para sahabat bertanya :Apakah kamu juga begitu wahai rasulullah?Baginda menjawab :Aku juga begitu,tetapi Allah menolongku ke atasnya dan ia sudah ,masuk Islam.Dia hanya menyuruhku kea rah kebaikan"

KETIGA = Tempat tinggal Jin

Baru-baru ini,kat JORDAN ni,telah berlansung KARISMA,satu Karnival sukan antara pelajar Malysia..(saya pun tak tahu,KARISMA stands for what).Khabarnye,mereka mendiami sebuah sakan 'usang' yang tak berpenghuni di Mafraq.Dan,ada inisiatif pelajar2 akhowaat membahagi-bahagikan 'tugas' membaca surah2 al-Quran.

Alhamdulillah.
Tapi,harapnye,janganlah diqasadkan niat baca al-Quran sebagai pendinding atau ayat keramat. Macam yg selalu berlaku di asrama dulu2,kalau ada pelajar diserang hysteria,timbullah suara2 "ni,engkau punye pasallah.Tak baca al-Mulk semalam.Dinding dah bocor"..
Maapla ye.Saya pun tak tahu nak terangkan macam mane.Tapi,adalah lebih baik,jika kita betul2 mentadabbur ayat2 al-Quran,dan meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah.Jangan rase 'ayat2 ' tu yang menolong.Tapi,hanya Allah yang Maha Berkuasa atas semuanya.

Ok!Dalam buku yg saya baca,dinyatakan tempat tinggal jin ni,di tempat2 yg telah lama ditinggalkan ,runtuhan bangunan,tandas,gua,tempat sampah dan perkuburan.
Baginda telah mengajar kita,kalau nak masuk rumah,BACA SURAH al-BAQARAH.
Bila nak masuk tandas,baca DOA (yg bermaksud) :
Ya Allah,sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari syaitan2 Lelaki dan Perempuan.

DAN!

Sekiranya ,sesiapa terlihat ULAR di dalam rumah,sila halau ULAR tu dulu ye.Tiga kali.Kalau tak mahu keluar jugak,maka bolehlah dibunuh,kerana ia adalah syaitan dan mungkin sebenar2 ular .,Maka,apakah pula rasional menyuruh ULAR tersebut keluar ?Ini kerana,ada hadis meriwayatkan ULAR berkenaan berkemungkinan adalah JIN penunggu rumah.(hadis riwayat Muslim dan ada kisah sahabat).
Baginda melarang membunuh ULAR dalam rumah, kecuali yang terputus ekornya,yang berukuran pendek,dan ada dua garis putih di belakangnya.
(p/s : sy ada baca buku tafsir mimpi,tak jumpa pulak yang menyatakan,sape mimpi
ULAR,maka,ade orang nak masuk meminang.kui2 =) )


KEEMPAT = Kaitan Tulang & JIN??

Dalam satu riwayat,yang bermaksud :
"Utusan jin pernah menghadap kepadaku.Mereka terdiri daripada dua kelompok.Alangkah baiknya jin itu.Kemudian,mereka mminta bekal kepadaku.Aku pun berdoa kepada Allah bahawa,tidaklah mereka mendapati tulang dan kotoran binatang melainkan ia adalah makanan mereka" –Hadith riwayat al-Bukhari.

Maka,setiap tulang yang disebutkan nama ALLAH ke atasnya semasa penyembelihan,ia akan menjadi makanan jin yang beriman.begitulah sebaliknya,jika bacaan basmalah ditinggalkan sewaktu penyembelihan,tulang itu bakal menjadi makanan JIN kafir.Sebab itu juga, Rasulullah melarang kita beristinja' menggunakan tulang.

KELIMA = hindari gangguan JIN


Jin dapat melihat kita,dalam keadaan kita tak dapat melihat jin.Maka,Nabi Muhammad S.A.W telah mengajarkan kepada kita beberapa cara untuk menghindari gangguan mereka.

(peringatan : ini hanyalah usaha kita.Tapi,pergantungan sepenuhnya hanya kepada ALLAH yang Maha berkuasa)

1.istiazah
2.surah al-Falaq
3.surah an-Nas
4.basmalah sebelum setiap pekerjaan.



Kerana entri ini agak panjang,maka,berhenti dahulu lah ia di sini.
Kalau ada masa nanti,boleh berkongsi pula.inshaallah.
Apa-apa pun, kite kena ingat,apa yang Allah beritahu kat kita,tentang jin dan makhluk2, berdasarkan manfaatannya kpd kita.Apa yang dirahsiakanNya,tak perlu utk kita mencari. Lebih afdhal kita cari@fikir@tanyapenyelesaian masalah agama,ibadah dan sebangainya..Kan??
Dan,saya ingin memohon maaf kalau bahasa yang digunakan tunggang-langgang.Dan,saya bukannya pakar dalam bidang ni.Jadi,ini,hanyalah suatu perkongsian.


WALLAHU A'LAM.
WASSALAM.