Tuesday, October 26, 2010

TAKUT



Assalamualaikum w.b.t.

TAKUT !!!

Alhamdulillah,,saya bukan jenis manusia yang boleh 'khayalkan' pasal hantu,even time duduk sorang..(setakt ni..hehe)
Bukan apa,ramai jugak yang saya jumpe,,jenis 'terbayang-bayang' hantu,kalau duduk sendiri..
Even,'hantu' ni,,bukannya wujud pun.Wallahu a3lam.

Yang disebut dalam Quran,,syaitan.Iblis.Jin.
tapi,tak pernah di mention pasal hantu..
cuma mungkin manusia ni,kadang2 terlebih kreatif gamaknye???

BTW,
entry ni bukan nak bincang pasal Hantu..atau 'takut' kat hantu..
Tapi, 'takut' kat manusia,yg berperangai ala2 hantu @ ...........

sekarang,terutamanya para wanita2 @ akhowaat Malaysia yang stadi kat Irbid,, di ANCAM oleh rase takut,,dek gangguan syabab Arab 'misteri' yang berperangai 'misteri'..

as for me myself,,memang gerun jugakla..takut...n bagi mereka yang pernah diganggu,,mesti trauma habis..erkk

(tb2 terfikir,,kalaula ade adek llaki sorang kat sini,,oh,,bestnye.. =) .. tp,macam 'mimpi' je.. =( )



KAWASAN-KAWASAN YANG MANA KERAP DILAPORKAN BERLAKUNYA KES [GANGGUAN + PECAH RUMAH] ADALAH:
  • DUWAR QUBAH [SHOPPING CORNER DSB] = 6 KES
  • BELAKANG MOQBEL = 2 KES
  • BELAKANG BANK ISKAN = 3 KES
  • BELAKANG NADI MU3ALLIMEEN = 2 KES
  • ATHAR IRBID = 2 KES
  • HIJAZI = 2 KES
  • SYARI3 JAMI3AH + ISKAN = 2 KES
  • SAKAN JPA = 1 KES
  • ZAM-ZAM = 1 KES

huh,sekarang ni,,even jalan waktu siang,,dah tak boleh 'main2'.
dah kena ade rase super-curiousity.kuatkan deria pendengaran & tajamkan deria penglihatan..

apatah lagi kalau jalan malam2..

memang kena banyakkan pergantungan kepada Allah S.W.T..hanya Allah sebaik2 pelindung.
dan ramai yg memesan amalkan 'mathurat' ,, 'doa keluar rumah' , 'ayat kursi' dan lain2.


moga kita amalkan bacaan tersebut,bukan sekadarmerasakan ia 'ayat jampi',ala2 cerita seram kat TV.(asal ade gangguan,barulah nak cari Allah,ayat Quran)..tapi,inshallah,yang paling utama,,kembali kepada kekuasan Allah sebagai pelindung mutlak,,dan bertawakkal kepadanya..
inshaallah kher..

Wallahu a3lam..Wassalam

Sunday, October 24, 2010

الدين النصيحة 2

ASSalamualaikum w.b.t..

......dah baca artikel yang lepas??...

kalau belum baca,mebi boleh baca dulu,sebelum baca artikel ni,,sbgai sambungannya..

untuk kali ni,saya sekadar ingin berkongsi apa yang Pak Cik Amru Khalid bincangkan tentang adab2 nasihat,yang sering jugak kita terlepas pandang..dan insyaallah,diselitkan cerita yang sweet =)


(ya Allah,ku mohon agar mendapat ilmu2 yg bermanfaat dan permudahkanlah daku utk mengamalkannya)


emm,sebelum bincang pasal adab,nak kongsi dulu apa syarat2 nasihat(haa..knape??hikhik..ingat nasihat tak de syarat ke??)

ade 4 Syarat2 nasihat yang Pak Cik bgtau

1 - kenal pasti apa yang nak dinasihatkan .. jangan terburu2,siasat dulu
e.g ; suatu petang,Jane bersiar-siar di taman dengan adiknya,Maria.. tibe2,die terpandang kelibat Minah ,sedang makan burger..so,inginlah Jane menyapa Maria,dan berjalan menuju ke arahnye..tibe2,Minah membuang pembalut burger ke bawah bangku..sooo

''err, betul ke mende(buang sampah merata) yang die buat ni,salah??'', detus hati kecil Jane.


2- tanamkan niat yg ikhlas , ingin menasihati kerana Allah. jangan menzahirkan perbuatan nasihat depan2 orang lain(jaga aib orang,yep) dan merasakan diri lebih baik dari org yang akan dinasihati(atau telah dinasihati) .. so,kesimpulannya,, IKHLAS

"ish,aku kena tegur Minah ni..mungkin dia terlepas pandang kot?? aku kena nasihat dia,kerana Allah..bukan utk dapat pujian dari die.."kata Jane dalam hati.
(huu..ayat sedikit skema,barangkali..tapi,tak salah kan??ngee~)

3-nasihati secara rahsia..

4-nasihati dengan belas kasihan dan kasih sayang..


(saje guna kesalahan kecil-buang sampah- supaya contoh yg diberi tak nampak ekstreme..)

sekarang,jom kita hayati pengajaran dari kisah ni..

Pada suatu hari,seorang lelaki pergi menemui Khalifah Harun Ar-Rasyid untuk menasihati baginda..niat lelaki tu,dikira baik la kan??,tapi,sayang..dia telah menggunakan kata2 yang kasar masa menegur baginda sultan..

Tahu tak,apa reaksi baginda??

"Hoi!! kamu tak reti cakap elok2 ke?? dahla nak tegur beta!! "

hehe..BUKAN!! BUKAN ini yang dibalas oleh baginda terhadap lelaki itu..
TAPI..




"Wahai saudaraku...boleh beta tanye sikit??Adakah kamu lebih baik berbading Musa a.s??"

"Tidak"

"Ermm,adakah beta ni,lebih teruk berbanding firaun?"

"Tidak"

"Kalau saudara tidaklah lebih baik berbanding nabi Musa a.s,, dan beta pula tidaklah lebih teruk berbanding firaun,, maka,, bukankah saudara tahu apa yang Allah S.W.T berfirman kepada Musa a.s ketika ingin menegur firaun ;

."But speak to Him mildly; Perchance He may take warning or fear ((Allah))." -Taahaa ;44

End of story..


Nampak tak?? canteknye keperibadian pemerintah Islam ni.. Baginda bukan sahaja boleh menerima teguran dan nasihat lelaki tersebut,,malah tak menyombong, tenang dan cool je bile ditegur dengan kurang berhemah tu..

Dari mana agak2 datangnya keperibadian secantik itu?? mestilah dari ajaran Islam yang dibawa oleh insan mulia yang amat cantik keperibadiannya,tak lain tak bukan,Nabi Muhammad S.A.W .. (jom banyak2kan selawat..)


Haa,satu lagi kisah yang sweet gitu pasal Khalifah Harun Ar-Rasyid ..

Pada suatu hari,,Khalifah Harun Ar-Rashid berjalan2 dan melalui sebuah kawasan..di situ,ada seorang pengembala kambing biri2..Lelaki tu,ade nak menyampaikan sesuatu pada baginda,,maka,dia memberhentikan baginda..
Lelaki itu berkata..

"Wahai tuanku... Jika saya nak menasihati tuanku,saya takut kepada tuanku(bayangkan,nak nasihat pemerintah..huu)..
tapi,,
Jika saya tak menasihati tuanku,saya takut (menda tak baik berlaku) ke atas tuanku.

Dan ketakutan saya(menda tak baik berlaku )ke atas tuanku , melebihi ketakutan saya kepada tuanku......

.... kerana saya sayang tuanku.. "

=) sweet ..

macam tu jugak kite..
nasihat seseorang sebab?? S.A.Y.A.N.G..

Ok,,part last,,jom tengok pulak adab2 nasihat.. ada lima.

1-belas kasihan (kasih sayang)

2-rahsia ketika menasihati

3-niat IKHLAS sebelum nasihat

4-tahu keadaan hal ehwal manusia (ap yg sy faham,kite kena tahu la keadaan dan mood kawan yang nak dinasihati tu.. )

5-yakin bahawa kecacatan dan kekurangan yang berlaku adalah pada perbuatan nya.. (contohnye,,macam jugak,kalau kite lihat kawan yang buat kemungkaran,,kita kena benci 'kemungkaran' atau 'perbuatannya',bukan benci kawan tuu..)

Ops,,ade satu lagii..

Hadis rasulullah,sebagai motivasi

"Sesungguhnya,3 golongan yg paling AWAL masuk syurga,,adalah 1-golongan SYAHID ,, 2-golongan yang menjaga kehormatan dirinya ,,,3-dan golongan yang beribadah dengan sebaik2 ibadah dan menasihati org lain ".

Ada yang berkata "Aku adalah orang yang terawal masuk masjid untuk solat.."

"Benar..Tapi,kamu bukanlah golongan yang paling awal masuk syurga...kerana kamu tidak nasihat menasihati kerana Allah "..



Sekian..

Wallahu a3lam.. Wassalam..

Rujukan : Hatta Yughaiyyiru maa bi anfusihim -pak cik Amru Khalid

Friday, October 22, 2010

K.A.H.W.I.N

Assalamualaikum w.b.t.

bila sebut perkataan ni, jiwa2 muda ni macam 'ditarik'2 oleh magnet..bukan ditarik untuk kawen pon..tapi,tertarik,untuk 'bincang' pasal menda 'menarik' ni..kadang2 ter-berbual sampai tak sedar,dah sampai sejam??atau lebih lama??huu..parah.!!

2008(tahun satu)

"eh,dengar2,ade kawan batch kite nak kawen..bulan 7 nanti.."
"eh,ye ke??mana kamu tahu??"
"adela sumber yg boleh dipercayai bagitau..dari MSD kot.."
"oo,..hurm,sapela agak2nya ya??sesama kawan2 kita ke??"
"entahla..x pasti.."

dan BLA..BLA..BLA..

31 Julai 2008

"eh,ni dah hari terkahir bulan Julai ni!!mana nye kawan kita yg kawen?"
"haah la kan? hurm,,spekulasi semata.."
"entah2,mak ayah diorang tak bagi kot..pastu tunda.."
"mungkin gak.."

dan BLA..BLA.. BLA..

huu..comel je.tersenyum sendiri ku teringat zaman2 buadak2..suka je kita semua ni 'selidik' sape nak kawen..

haa..bila ada pasangan yg dah kawen baru ni,suka je tengok semngat kerjasama kawan2 satu batch ni..dan suka jugak tengok kawan sendiri,yang bahagia disatukan dengan cinta mereka.. (cewah,,sejak bila saya ni jiwang??kui3)

tapi,

as for me myself,sejujurnya,saya suka banget tengok kawan2 kawen,sebab mereka cari jalan yg terbaik,untuk mengendalikan cinta dan hidup mereka.

dan sesungguhnya kesal sangat2,bila tengok2 realiti kawan2 (terutamanya di Malaysia) yang memang menjadikan budaya couple seolah2 satu 'kewajipan' sebelum benar2 bersedia ke alam rumah tangga..kalau single,rase macam amat malu..tak de sape nak, dll..

bila tengok Fbook teman2,

" .. in relationship with..."

"...engaged with" atau "married with..." (yang sebenarnya tak pon..)

Ya!memang tak siapa nafikan,kita memang di'set'kan dengan perasaan ingin menyintai dan dicintai..tapi,kita ada 'saluran' yang betul..K.A.H.W.I.N atau mungkin sibukkan dengan bercinta dengan Allah..

sounds serius ,bukan??

"ni,gambar suami ke?awak tak pernah bgtau pun awak dah kawen?"
" eh,,awal lagi awak!! muda lagi nak kawen..relax2 dlu"

hmm,jadi,apa sbnarnya 'fungsi' kapel ni? saya tak faham.

saya juga tak boleh faham,bila golongan2 yg blajar agama juga boleh terjebak dengan 'coupling' ni.

sedarkah kita,wahai umat islam!kita selalu layan nafsu,menjadikannya raja.(astaghfirullah)

sedarkah kita,akan lambakan bayi2 luar nikah kat negara kita?
berapa banyak bayi2 tak berdosa dibunuh dan dibuang merata2?

dari mana datangnya bayi2 ni?
agak2,dari pasangan suami isteri?atau pasangan kekasih "awal-dan-terakhir?"




hm,,nas al-Quran dengan jelas sebut "jangan dekati zina" dan bukan "jangan berzina".

Allah Maha Arif lagi Maha Mengetahui hambaNya..kalau Dia berfirman "jangan berzina"

..mesti ada yang bagi alasan kami duduk2 saje,kami kapel aje,..bukan berzina ..isk,tak terfikir pon..bla3"

cuba kita duduk muhasabah,bukankah couple tu perkara mendekatkan diri kpd zina?
bukan saya memandai,tapi,itu realiti sekarang..saya ulangi,R.E.A.L.I.T.I..

mula2 kapel2 biasa,then,jumpa,then,berdua2an,then......

hmm,sbb itu 'cinta sblum kawen' sering tercemar dan disalah tafsirkan malah, di sinonimkan dengan couple.
padahal, 'cinta sebelum kawen' ,boleh di salurkan dengan betul..

kerana aku cintakan dia...

"aku tak boleh kerap hubungi dia,lebih2 lagi jika tiada keperluan.."

"aku mesti menolak jika dia mempelawaku keluar berdua-tanpa ditemani mahram"

"aku mesti menerangkan kepadanya kenapa kami tak boleh bergambar berdua"

"aku tak boleh kacau konsentrasinya stadi atau ibadah"

""aku mesti jaga imanku,dan imannya tak boleh terjejas kerana aku.."

(situasi2 di atas-banyak yg sesuai untuk keadaan mereka yang bertunang..)


Tapi, bagi orang2 yang single macam saya ni,,mungkin tak de cinta2 atau situasi2 seperti di atas.. mungkin pulak situasi dengan kawan2 lelaki.



kerana sayangkan dia sebab dia 'adik beradek' ku di bawah 'bapa' Islam,,,

"aku mesti berusaha menjaga percakapanku..supaya tidak bernada manja,dan tidak menyenangkan mereka.."

"aku mesti cuba berusaha menjaga aurat dan penampilanku supaya tidak berlaku 'penderaan' kepada pancaindera mata mereka.."

"aku mesti cuba menjaga pergaulanku , supaya tidak berlebihan..sehingga nama ku meniti di bibir2 lelaki ajnabi,dengan kisah2 yang tidak baik"

"aku mesti menjaga hati dan imanku ,supaya mereka tidak rasa tidak tenang kerana aku.."

(PERHATIAN !! semua ayat2 di atas memang ada kena mengena dengan semua pembaca dan juga diri saya sendiri..jangan salah faham,bukannye saya mem-bajet saya atau kita mampu 'menurun'kan iman seseorang..tapi,kita,lebih2 lagi wanita ni(ececeh) perlu jaga maruah dan diri.Jika baik wanita dalam sesebuah masyarakat,maka baiklah masyarakat itu..LIHAT! besarnya peranan kita,ye?? )



berbalik pasl isu K.A.H.W.I.N..saya respek kawan2 yg mampu kawen masa belajar..honestly, saya memang tak mampu..ngee~. yela,dari segi tanggungjawab yang makin besar..pengurusan masa .. study..kawal emosi yang turun naik..dan lain2.. tu dari sudut faktor dalam diri..

manakala,dari sudut faktor luaran..
macam boleh agak..mak ayah tak bagi.."habiskan belajar dulu.."
tak de calon..huu..

ade insan2 yang berbaik ati nak tolong jadi agen2 BM,,tapi,bila diri sendiri TAK NAK, maka ,tak perlu kot terima 'bantuan' tu..(terima kasih)


p/s : rasanya masih belum terlambat,untuk sekali lagi ucap "selamat Pengantin Baru" & " moga berkekalan hingga Firdaus" buat sahabat2 seperjuanganku-Annis dan Firdaus- yang baru la jugak,membina masjid..(clap-clap)

dan semoga dipermudahkan urusan sahabat2 lain yang bakal menurut jejak langkah mereka ni..bulan 1,katanya,,(hehe)..(macam yang diagak,orang2 yang senyap2 ni,biasa kawen dulu..huu)

Wallahu A3lam.

WASSALAM =)

Thursday, October 21, 2010

الدين النصيحة



Assalamualaikum w.b.t..
Apa kabar semua? Moga baik2 saja. Iman pulak,camne keadaannya?
Sihat ? meningkat? menurun(nauzubillah)..?



Masyaallah,dah lama saya tak men-update blog ni..baik dari entri ilmiah atau entri berbentuk peribadi(ye ke??)..inila sebenarnya masalah utama,kenapa tak nak bukak blog..pasal takut tentang 'komitmen' mengupdatenya..hehe..

Baru2 ni,saya menyelak buku "hattaa yughaiyyiruu maa bi anfusihim" karangan pak cik Amru Khalid..(kalau tak kenal,tanye pak cik google)..

Tajuk yg saya 'selak', الدين النصيحة atau dalam bahasa ibunda ," Agama itu adalah nasihat."


عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: AGAMA ITU ADALAH NASIHAT . Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)


Saya tertarik dengan ulasan pak cik Amru Khalid ni..dan kalau saudara saudari pembaca baca pon,inshaallah bakal punya perasaan sama..tapi,selaku orang yang tak terer berbahasa Arab,baik ammi atau fushah,maka terkial2 jugakla saya cari makna2 perkataan. tapi,alhamdulillah,, sebab pak cik ni guna bahasa2 Arab fushah,yg mudah difahami..

Sesungguhnya,saya bukan lah ahli dalam bidang ni..tapi,inshaallah hanya nak berkongsi,apa yang saya faham dan dapat dari apa yang hadis ni sampaikan(melalui Pak Cik Amru Khalid laa)..



Masa mula2 baca hadis ni,terdetik di hati saya,Nasihat?? macam mana nak nasihat untuk Allah?untuk kitabNya?dan lain2??
apa sebenarnya maksud nasihat?

Oh,rupenye,soklan saya dah dapat 'diagak' oleh Pak Cik.(hehe..)..Nasihat didefinisikannya sebagai kehendak kepada kebaikan,terhadap orang yang diberikan nasihat..samada sorg2-individu atau umat keseluruhannya..contonye,mula2 Ali nasihat Abu.Abu pulak nasihat hashim.Hashim nasihat adek2nya.berantai gitu..so,'ter-nasihat'lah umat /masyarakat setempat..

manakala,definisi satu persatu 'Nasihah' dari hadis berkenaan :

1) Nasihah Lillah - mengimaninya/ ikhlaskan ibadah/ taatinya serta jauhi larangannya.
2) Nasihah Likitabi - yakin ia kalam Allah bukan kalam makhluk -sebagai Manhaj hidup -sesuai sepanjang zaman -berusaha memperelokkan bacaan dan faham isi kandungnya.
3) Nasihah Lirasulihi- membenarkan kenabiannya/ ikut ajarannya/ kasih terhadapnya -agungkan sunnahnya/ kaji sirahnya/ berakhlak dengan akhlaknya.
4) Nasihah Li aimmati muslimin -membantunya dalam tugasan/ nasihat ketika lupa/ halang dari berlaku zalim.
5) Nasihah Li ‘ammatihim - membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat/ ajar apa yang mereka jahil terhadap agama/galakkan mereka kepada ketaatan.




Jap,berbalik kepada "nasihat".kita pun sering dengar,orang kata "saya nasihat awak sebab saya sayangkan awak" dan sewaktu dengannya..

kalau dari definisi "nasihat" yang Pak Cik dah bgtau,Nasihat tu,macam kite nak kbaikan kepada orang yang kita nasihatkan.
TAPI...

senang ke memberi nasihat? dan senangkah pulak menerima nasihat?

saya secara peribadi,rasa lebih MUDAH dan lebih SENANG memberikan nasihat (ops,,tak habis ayat lagiii..)
kepada
orang2 yang saya sayangi,, berbanding orang yang kita kurang kenal atau kurang rapat.
(contoh,adek2 n mebi sstgh kawan)

DAN,

memang tak dinafikan,kadang2 bukan masalah sayang @ tak ,bla2..tapi,TAKUTTT!!

TAKUUT diejek?

TAKUUT dipinggirkan?

TAKUUT mengguris hati?

TAKUUT tak sesuai ?

(ni semua,di bincangkan dalam buku ni tau)

bagaimana pula dari segi menerima nasihat??senang dan mudahkah??

mungkin mudah utk terima,,kalau nasihat adalah berbentuk 'amar makruf'..tapi,kalau nasihat berbentuk 'nahi mungkar';saya secara peribadi, yang mempunyai perasaan tipikal perempuan, pun akan terasa,even sedikit.

TAPI,

kalau cuba duduk dan menilai apa isi yang dinasihatkan tu..dan membuang ego yang ada,inshaallah,boleh je terima..walaupun pada mulanya sedikit susah..

saya pernah berjumpa manusia2 yg jenis mudah menerima nasihat dan juga golongan sebaliknya..
golongan yang mudah menerima nasihat ni,,bila dinasihatkan,mereka berikan senyuman dan berterima kasih..
pastu,siap minta agar dinasihati lagi..mereka sentiasa nak memperbaiki diri,dan bersifat terbuka.

dan golongan yang sebaliknya?? bila dinasihatkan,,mereka sering terlupa 'melihat' dalam2 ,isi nasihat,tapi,memandang perkara2 lain.contohnya,
1-siapa yang menasihatkan mereka..? (dari segi umur-masalah kalau yg menasihatkan adalah lebih muda) .. (kalau kawan-partner in crime jugak..hehe-)
2-mengungkit 'silap2' si penasihat ni pernah buat..(well,tak de org maksum selain nabi.!!)
3-menelek2 bahasa,kosa kata dan lain2 (saya juga setuju pasal pggunaan bahasa yg betul untuk nasihat..)

apa2 pun,semuanya bermula dari dalam diri masing..samada "NAK" atau "TAK"..

"hidayah Allah datang dari pelbagai CARA..ada melalui mimpi,melalui pembacaan,ceramah dan mungkin melalui kawan-dari nasihat dan tegurannya.jadi,sayangnye kalau hidayah tu,ditolak ?? "

WALLAHU A3LAm..




source :


"hattaa yughaiyyiru maa bi anfusihim"

Thursday, October 14, 2010

BeRtuKaR!

bismillahirrahmanirrahim....
hoi2!..eh nampak x sopan la....
asslamua'laikum!
dah agak lame ni x update kat blog ni..ish2..bukan agak lamer,tapi mmg dah lame pon..huhu..
sape tau hari terdetik perasaan kasihan kat blog nih...
cian plak x terupdate-update..
mana lah pemilik blog ni menghilang...ish2..
pelbagai jenis sarang ada..spiderman pon buat sarang kat cni jgk!
haih..oh..by the way,antum antunna ade perasan x blog ni dah buat plastic surgery tau..
fuih(kesat peluh)...akhirnya berjaya jugak pembedahan ni..99% kesuksessannya..

ok..by the way..pa nak cakap ni?
lost the point..k la..lain kali jer la..
asalkan terupdate sudaa...

wassalam..

Tuesday, July 13, 2010

TeMbOk KeLUli GaZa..



FAKTA 01: TEMBOK KELULI DIBINA SEJAUH 11 KM, DAN SETINGGI 18-20 METER DARI PERMUKAAN TANAH.

Tembok keluli yang digunapakai oleh Mesir hampir menyerupai konsepnya dengan 
Sheet Pile WallSheet Pile Wall ialah salah satu daripada pelbagai Tembok Penahan yang digunakan di Malaysia. Berikut ialah beberapa gambar berkaitan tembok penahan di sekitar lebuhraya di Malaysia.  



Sheet Pile Wall ialah tembok cerucuk yang seringkali digunapakai dalam industri pembinaan, buat untuk menahan benteng-benteng yang dikorek, bagi mengelakkan tanah runtuh. Ianya mampu menahan tekanan bumi yang tinggi (high earth pressure) terutama sekali di kawasan tanah yang lembut. Kekuatannya terletak pada bahan dan ikatan diantara keluli dengan keluli yang lain. Sheet Pile Wall bukan sahaja terdapat dalam bentuk keluli (turut dikenali sebagai anchor sheet steel pile), tetapi boleh didapati dalam bentuk konkrit yang dibentuk di kilang. Kenapa dipanggil 'Sheet', ianya disebabkan kerana bentuknya seperti helaian kertas. Berikut merupakan sedikit gambar berkaitan sheet pile.




Sama bukan sepertimana yang dibina di Mesir, cuma yang bezanya adalah bahan yang digunakan.

FAKTA 02: BAHAN KELULI UNTUK TEMBOK DI MESIR MENGGUNAKAN BAHAN YANG DIKENALI SEBAGAI "SUPER-STRENGTH STEEL". KEKUATAN BAHAN YANG DIGUNAKAN MEMBOLEHKAN KELULI INI TAHAN DARI SEBARANG AKTIVITI PEMOTONGAN, PENEBUKAN DAN LETUPAN BOM.

Kelebihan menggunakan Sheet Pile ini adalah ianya mudah dipasang (tidak mengambil masa yang lama) dan murah. Cukup sekadar menanam cerucuk berkenaan di dalam tanah menggunakan kuasa hidraul atau hentakan. Teknik penanaman cerucuk ini menggunakan konsep 'jingsaw' - mengunci di antara satu sama lain. Kebiasaannya, cerucuk ini dipasang sebagai struktur sementara (tiada nilai estetik) sebelum struktur yang kekal siap sepenuhnya. Namun demikian, ada juga yang menjadikan sheet pile ini sebagai struktur tetap.

Kenapa Mesir membina tembok berkenaan? Mesir menyatakan pembinaan tembok keluli itu adalah satu keputusan untuk mempertahankan kedaulatan yang bertujuan menghalang penyeludupan dadah menerusi terowong di bawah sempadan yang digali secara haram dan digunakan untuk menyeludup pelbagai bekalan dan senjata. Ulama Jordan melihat tembok berkenaan akan memburukkan lagi sekatan yang sedang dilaksanakan Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan menghalang kemasukan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang dibawa menerusi terowong rahsia berkenaan.

Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi menyifatkan pembinaan tembok pemisah itu adalah 'haram di sisi syarak'. Tambah beliau lagi, "Benar, Mesir bebas dan haknya untuk membuat keputusan setiap yang berkaitan dengan kedaulatannya tetapi Mesir tidak berhak memberi bantuan yang berupa membunuh jiran malah saudaranya sendiri (penduduk Palestin di Gaza)". Tegas beliau, perkara seumpama ini tidak wajar bagi sebuah Negara Arab yang berhukum dengan undang-undang kebangsaan Arab, sekalipun ia Negara Islam, biarlah di atas semangat persaudaraan Islam dan atas nama kemanusiaan lagi wajib sebagai saudara sesama manusia.



Tembok pemisah



Dinding kezaliman

Ya Allah, bantulah para saudara kami di bumi Gaza. 

Bebaskanlah bumi Palestin daripada cengkaman musuh Zionis !

Friday, June 18, 2010

uKhwaH FiLLaH..


Wish for Hana comel...

            * Thanks for everything...
            * Jangan lupa aku ye... Forget me not...
            * Semoga berjaya dalam exam nanti...
            * Semoga bahagia di dunia dan akhirat... Insya Allah...
            *Love you forever...

Sahabatmu,  
Mardhiyyah

Hana tersenyum. Kad comel yang diterimanya 15 tahun lalu dipegang. Dia mencium kad itu. Tanpa disedari, air matanya menitis. Kenangan di alam persekolahan menerjah mindanya. Kenangan itu membawa seribu satu pahit manis alam persahabatan. Di waktu itu jugalah, dia banyak belajar tentang erti kehidupan. Dia masih ingat saat bersama dengan sahabat baiknya, Mardhiyyah. Sahabat sejati yang dicari-cari selama ini. 

Walaupun rumah mereka berjauhan, mereka masih saling berhubung. Gembira bersama, sedih bersama, segalanya bersama. Hana bersyukur setelah ditawarkan bekerja di satu daerah yang sama dengan sahabat baiknya itu. Mardhiyyah banyak membantunya. Daripada masalah di sekolah, bahkan di tempat kerja sehinggalah ke masalah peribadi. Hinggakan calon suami pun Mardhiyyah sanggup tolong carikan.

Dia masih ingat kata-kata Mardhiyyah, mahu menjadi seperti Khaulah binti Hakim. Wanita solehah di zaman Rasulullah S.A.W. yang menjadi orang perantara untuk melamar Saudah Zam'ah untuk baginda Rasulullah. Beliau seorang pencari jodoh yang mulia dan dihormati. Mardhiyyah mahu mencontohinya. Dia mahu Hana mendapat suami soleh, bertanggungjawab, warak dan mampu membimbingnya ke jalan yang benar. 


" Kau yang rajin sangat carikan suami untuk aku, kau tu bila lagi, Mardhiyyah? "  

Hana teringat selorohnya kepada Mardhiyyah.
" Ala... Bukan selalu. Aku nak sangat tengok kau kahwin. Tengok anak-anak kau. Takut tak sempat pula nanti, " sambung Mardhiyyah. 


" Ish... Kau ni. Mengarut je la. Nanti aku kahwin, kau jadi pengapitnya. Aku bersalin, kau jadi bidannya. Boleh janji? " 





" Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: ‘Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi', kecuali (dengan menyebut): ‘Insya Allah'. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: ‘Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini. " 


Pantas Mardhiyyah menyambung dengan membacakan tafsiran ayat 23 dan 24 dari surah Al-Kahfi. Begitu mendalam sekali maksud tafsiran itu. 


Walaupun dilahirkan sebagai anak yatim piatu, Mardhiyyah bersyukur kerana telah dijaga dan diasuh oleh arwah neneknya, yang merupakan seorang guru agama. Dia telah terdidik dengan segala cabang ilmu agama sejak kecil. Bahkan, seawal usia 15 tahun dia sudah pun boleh menghafal 30 juzuk Al-Quran.


" Jadi, apa maksudnya, Ustazah Mardhiyyah?"  Hana menyambung selorohnya.

Disebabkan kepetahan Mardhiyyah membicarakan hal-hal agama juga telah menyebabkan dia digelar ‘ustazah' di kalangan rakan-rakannya di sekolah. 


" Insya Allah... Kalau umur aku panjang, bolehlah aku jadi pengapit dan ‘mak bidan' kau. Sebab itu aku tak mahu janji. Faham tak, anak muridku sayang? " 


Lantas, Mardhiyyah mencuit hidung mancung milik Hana. Mereka berdua tertawa. Tidak menghiraukan suasana sekeliling. Hana teringat detik itu. Waktu itu. Kalaulah masa boleh diputar kembali, dia ingin saat itu terhenti. Kalaulah.

Tidak lama selepas itu, Hana telah dipertemukan dengan seorang pemuda yang kini menjadi ‘raja' dihatinya iaitu suaminya. Pertemuan yang tidak dijangka itu telah membibitkan rasa cinta antara mereka yang sudah semestinya bertunjangkan cinta kepada Rabbul Jalil. Semua itu aturan Ilahi yang telah diilhamkan kepada hambanya-Nya yang solehah. Hana sama sekali tidak menyangka bahawa pemuda itu merupakan sepupu kepada Mardhiyyah. Begitu hebat sekali percaturan Yang Maha Kuasa. 


Petang Rabu itu, Mardhiyyah mengajak Hana untuk sama-sama solat berjemaah di Masjid At-Taqwa. Kebetulan hari itu akan diadakan kuliah Maghrib di masjid tersebut. Memang menjadi rutin mereka untuk menghadiri mana-mana majlis ilmu yang dianjurkan. 

" Majlis ilmu merupakan salah satu daripada taman-taman syurga Allah. Berpuluh ribu malaikat akan turut bersama kita dalam majlis seperti ini. Jadi, ambillah kesempatan ini untuk memohon tiga perkara daripada Allah. " Mardhiyyah mengingatkan. 

" Perkara apa, Mardhiyyah? " soal Hana. 


" Pertama, mohonlah syurga daripada Allah. Kedua, mohon supaya diri kita dijauhkan daripada api neraka dan ketiga, mohon diampunkan segala dosa-dosa kita. Insya Allah, Allah akan makbulkan permintaan hamba-Nya yang ikhlas. " 


Hana tersenyum mendengar penjelasan itu. Berbunga hatinya lantaran takjub dengan kebesaran Illahi.

Usai solat Isya' berjemaah, mereka mengambil kesempatan untuk mengemas masjid itu. Al-Quran disusun dengan rapi. Telekung disangkut di tempatnya. Sejadah dilipat kemas. Sewaktu meletakkan sejadah di atas rak, Hana terpandang sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis sahih Riwayat Bukhari dan Muslim. Dia begitu tertarik lantas dicapainya kitab itu. Tertib sekali dia membuka kitab itu agar tidak terkoyak mahupun rosak.

Satu persatu halaman kitab itu dibeleknya. Matanya terpaku tatkala membaca satu hadis Riwayat Bukhari yang bermaksud;


" Wahai pemuda! Sesiapa yang mampu akan maskahwin maka berkahwinlah kerana ia lebih merendahkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah kerana ia menjadi perisai baginya. " 


Hana tersenyum sendiri lantaran teringat kata-kata Mardhiyyah yang ingin mencari suami untuknya. Dia tidak menyedari, perbuatannya itu diperhatikan oleh seorang pemuda. " Assalamualaikum. " Pemuda itu menyapanya. Hana terkejut.

Hampir-hampir sahaja kitab itu terlepas dari pegangannya. Dia beristighfar sambil mengurut-urut dadanya.
" Waalaikumsalam. " Cepat-cepat Hana menjawab. Dia tahu hukum menjawab salam adalah wajib. " Maafkan saya. Saya tak berniat nak membuatkan saudari terperanjat tadi. "

Lembut dan tenang tutur kata pemuda itu sewaktu memohon maaf atas tindakannya itu.
" Oh... Tak ada apa. Saya yang leka sikit tadi. " Hana sempat mengerling ke arah pemuda itu lalu ditundukkan kembali pandangan matanya.

Subhanallah! Dia terpegun melihat ketampanan wajah pemuda itu. Riak wajahnya begitu tenang, bisa menggugat keteguhan iman seorang yang bernama wanita. Hana tidak berani mendongak ke arah wajah itu kerana tidak mahu terjerat dengan perangkap Iblis Laknatullah.

Dia teringat salah satu hadis Rasulullah yang menjadi pegangannya yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang bermaksud: 


" Rasa malu dan iman adalah sejoli. Bila yang satu lenyap, yang lainnya lenyap juga. " 


" Saya Aiman Ashraff. Saudari? " tanyanya. " Hana Insyirah. " Dia masih tunduk.

Pertemuan itu rupanya diatur oleh Mardhiyyah yang sedang asyik memerhatikan sahabatnya itu. Aiman merupakan seorang pensyarah agama di salah sebuah universiti dalam negara. Pertemuan itu juga merupakan titik permulaan ke alam perkahwinan bagi Hana yang disaksikan oleh berpuluh ribu malaikat di rumah Allah itu. Perkahwinan yang bakal menjanjikan kebahagiaan berumahtangga yang dilimpahi mawaddah wa rahmah dari Ilahi.

Dua minggu sebelum pernikahan Hana dan Aiman, Hana menerima 'SMS' daripada Mardhiyyah. 

Doa dari seorang sahabat:

Ya Allah, jika sahabatku jatuh CINTA, berikanlah cintanya pada seseorang yang melebihkan cinta pada-Mu agar bertambah kekuatannya untuk menyintai-Mu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh HATI, izinkanlah hatinya menyentuh hati orang yang hatinya tertaut pada-Mu agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah. Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku RINDU, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu, jagalah rindunya pada-Mu agar dia tidak lalai dari merindui syurga-Mu... Amiin...


Hana terkedu. Sebak mencengkam dadanya. Terasa sesak nafasnya tatkala membaca 'SMS' itu. Hana berdoa dalam hatinya. 


" Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana telah menemukan aku dengan sahabatku, Mardhiyyah. Segalanya atas izin-Mu jua. Kau limpahkanlah rahmat ke atasnya. Kekalkanlah persahabatan ini hingga ke akhir hayat kami. Amiin. "


Dengan sekali lafaz, Hana selamat diijab kabulkan dengan Aiman. Air matanya bergenang. " Sekarang kau dah jadi isteri orang. Tak lama lagi, jadi ibu orang pula. Ingat, tanggungjawab kau makin besar. Jangan sesekali abaikan tanggungjawab kau tu. Syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya tau, " bisik Mardhiyyah. Hana mengangguk. " Syukran, Mardhiyyah. " Hana mencium pipi sahabatnya itu. Terasa bagaikan ada aura yang mengalir. Mereka tersenyum.

Tidak lama kemudian, Mardhiyyah pula mengikut jejak langkah Hana. Jodohnya dengan seorang peguam syariah, Luqman Hakim namanya. Namun, segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Suaminya telah kembali ke rahmatullah sewaktu dia mengandung anak kedua. Suaminya pergi semasa sedang tidur. Mardhiyyah tidak menangis, apatah lagi meratap. Dia begitu tenang sekali menghadapi saat-saat itu. Dia redha. Jodoh, ajal, maut semuanya dalam genggaman Rabbul Alamin.
" Sabarlah, Mardhiyyah. Allah lebih sayangkan suamimu. Panjatkanlah doa agar rohnya tenang di sisi para solihin, " Hana menenangkannya.

Dia tahu betapa luluhnya hati Mardhiyyah tika itu. Mereka berpelukan. Tiada kata yang mampu diucapkannya.

Usia kandungan Mardhiyyah sudah mencecah lapan bulan. Semenjak kematian suaminya, dia banyak bersendirian, beribadah kepada Allah disamping menjaga anak sulungnya yang berusia 5 tahun.
" Hana, aku nak minta tolong sesuatu dari kau, boleh? " ujar Mardhiyyah pada satu petang. Petang yang begitu hening. " Insya Allah... aku akan cuba penuhi permintaan kau tu. "

Mardhiyyah menarik nafas panjang.
" Kalau aku dah tak ada nanti, boleh tak kau jaga anak aku, Amirul dan ‘baby' yang bakal lahir ni? " Mardhiyyah mengusap-usap perutnya dengan penuh kasih sayang. " Ish... Kau ni. Kenapa cakap macam tu pulak? Kan kita dah janji akan jaga anak kau sama-sama. " Hana gusar.

Mardhiyyah memegang perutnya.
" Nanti ‘baby' jangan nakal-nakal tau. Jadi anak solehah. Jangan degil. Jangan gaduh dengan Abang Amirul. Ummi sayang anak-anak ummi. "

Hana sebak. Dia tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.
" Hana, nanti kau namakan ‘baby' ni... Khaulah... Ummu Khaulah. "

Mardhiyyah tersenyum. Mungkin senyuman terakhir. Senyuman yang bisa merungkaikan segala kesulitan di hati seorang sahabat.
" Ya, Mardhiyyah. Aku akan buat apa saja untuk kau, " Hana menahan tangisnya. " Insya Allah? " ujar Mardhiyyah. " Insya Allah, Mardhiyyah. " 


***


" Mama! " 

Lamunan Hana terhenti. Ummu Khaulah berlari-lari ke arahnya.
" Ya, sayang. Belajar apa di tadika hari ni? " tanya Hana sambil merangkul tubuh si kecil itu. " Hari ni Khaulah belajar melukis, ma. Cikgu tu cakap, lukisan Khaulah cantik. Besar nanti boleh jadi pelukis. Mama, boleh jual tak lukisan ni? Boleh tambah duit poket. "

Hana tersenyum mendengar kepetahan Khaulah.
" Ada orang nak beli ke lukisan ni nanti? Lagi satu, besar nanti nak jadi pelukis ke? "gurau Hana. " Tak lah, mama. Khaulah nak jadi doktor Islam. Lukisan tu mama lah yang beli. "sambung Khaulah sambil ketawa.

Hana mengucup dahi Khaulah. Dia berasa begitu bahagia.


Mardhiyyah,
Dah enam tahun kau tinggalkan kami. Kau pergi di saat melahirkan Khaulah. Kau pernah beritahu aku. Mati semasa melahirkan anak merupakan salah satu tanda mati Husnul Khatimah. Amirul dan Khaulah aku jaga macam anak-anak aku sendiri. Masing-masing dah bersekolah. Khaulah mewarisi kepetahanmu dan Amirul mewarisi kesabaranmu. Amirul banyak bersabar dengan kerenah keanak-anakan adiknya itu. Kedua-duanya bijak seperti kau dulu. Janjiku pada kau akan aku laksanakan sebaiknya. Insya Allah... Aku terlalu merinduimu, Mardhiyyah. Rindu saat-saat dulu. Terima kasih atas segalanya. Kaulah sahabatku, selama-lamanya. Doaku agar rohmu ditempatkan di kalangan para syuhada'. Amiin.

Hana menyimpan semula kad itu. Air matanya mengalir lagi.

Friday, June 11, 2010

10 GaNgGuAn SyAiTAn DalAm SoLaT.




1) WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM



Saat mulai membaca takbiratul ihram 
"Allahu Akbar" , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. 
Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir. 
Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku'.

Ibnul Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa dan tidak nyaman.


2) TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT


Sahabat Rasulullah SAW iaitu ‘Utsman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,"Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancu". Rasulullah SAW menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku". (HR. Muslim)


3) LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN


Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, "Jika salah seorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam". (HR Bukhari dan Muslim)


4) HADIRNYA FIKIRAN YANG MEMALINGKAN KONSENTRASI





Abu Hurairah r.a berkata, "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia shalat". (HR Bukhari)


5) TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT


Ibnul Qayyim berkata, "Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gelabah, asal dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berperilaku hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul karena dua perilaku buruk, iaitu sembrono dan terburu-buru sebelum waktunya".

Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal. Asal mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang shalat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karana solat yang telah ia kerjakan belum sah.


Rasulullah SAW bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur'an yang mudah bagimu, lalu ruku'lah sampai kamu benar-benar ruku' (thuma'ninah), lalu bangkitlah dari ruku' sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu" (HR Bukhari dan Muslim)




6) MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU


Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat: "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW". Orang tersebut bertanya, "Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW", kata Ibnu Umar. (HR Tirmidzi)


7) MELIHAT KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT


Dengan sedar atau tidak, orang tersebut melihat ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum melihat ketika solat". Rasulullah SAW menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba". (HR Bukhari)


8)MENGUAP DAN MENGANTUK





Rasulullah SAW bersabda, "Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin". (HR Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda, "Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ha... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya". (HR Bukhari dan Muslim)


9) BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT







Syaitan ingin menggangu kekhusyu'an solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan" (Riwayat Thabrani). Ibnu Hajar mengomentari kenyataan Ibnu Mas'ud, "Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain karena syaitan memang ingin menggangu solat seseorang dengan berbagai cara"


10) TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR


Rasulullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya". (HR Muslim)




Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.