Monday, January 31, 2011

Love U,honey..

Bismillahirrahmaanirrahiim..Selamat sejahtera..
(sila jangan berfikiran pelik semasa baca tajuk entri tuuu,ok!)


Lately,and especially cuti2 skola ni,sebab 'konon2' nak ubah cara diet(pemakanan),maka,rajinla jari jemari ni meng-google 1001 tips pemakanan berkhasiat.(metafora je 1001 tu..)

DAN,

tengah addicted kat madu @ honey sekarang.(bukan bermadu yep :P)
(subhanallah,,sedap saaangat madu niii)

So,bagi sesapa yang memang dah sedia minat madu,,thumbs up untuk anda!

Berikut antara penemuan saya yang dibantu pak cik google(kredit to 'him'),sekadar saje2 sharing n paling penting,lps ni,kalau saya saje2 nak refresh apa khasiat madu,boleh je cari balik kat entri ni..huu



Fungsi Madu Dan Peranannya.

  • Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  • Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  • Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
  • Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
  • Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
  • Sumber laxative yang natural dan lembut
  • Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  • Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan

NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri

KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI

A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
KELEBIHAN
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
"MIRACLE ANTIBI0TIK"

KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......
disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan
dengan penuh yakln.

SAPULAH MADU JIKA ANDA

a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU

A) IBU MENGANDUNG

1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

B) ANAK DALAM KANDUNGAN

1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.


CARA MENGGUNAKAN MADU:

Batuk :
madu + limau nipis (diperah)
Menguatkan minda:
madu + kismis
Menguatkan tulang:
madu + susu anlene
Menyembuhkan luka dan melecur:
sapukan pada luka
Lelah dan sesak nafas:
madu + lebak putih (diparut dan diperah)
Pembersih muka:
putih telur + limau nipis (diperah) + madu
Pelembap muka:
kobis + madu
Melangsingkan badan:
madu + pati kunyit ( minum seminggu sekali)
Tenaga batin:
1 sudu madu + 3 biji lada hitam + 1 ulas bawang + kuning telur.
Wanita mengandung:
1 sudu teh madu 2 kali sehari

Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.


Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minumsambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

Tapi,saya dah terbawa-bawa masukkan madu dalam setiap minuman..
yang saya start amalkan cuti2 ni,

pagi-pagi :
- air suam + madu @ grean tea + madu

petang :
-susu + madu

Tapi,suatu peang,saje nak tahu,tak de side effect@ tak pe ke,gabung mende2 ni??

dan terjumpalah suatu artikel yang inshaallah berguna,,


* Madu dan susu: Apakah ini minuman kegemaran Rasulullah s.a.w?

(Diambil daripada Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah, ms 29-32)

Terdapat beberapa riwayat hadis tentang satu peristiwa yang mana Nabi s.a.w dibawakan minuman susu bercampur madu oleh seorang sahabat. Pada pendapat saya, hadis-hadis ini semuanya bertitik-tolak daripada satu peristiwa yang sama, tetapi disebabkan perawinya lain, maka terdapat beberapa kelainan tentang perinciannya, bagaimanapun, maksud berkaitanattitude Nabi s.a.w terhadap minuman bercampur madu adalah tetap sama, iaitu, Nabi s.a.w tidak mahu minum campuran kedua-dua minuman itu, kerana Baginda seorang yang sangat zuhud (tidak memandang kemewahan dunia). Wallahu'alam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hadis 1:

Muhammad B. Ali r.a memberitakan, maksudnya:

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah didatangi Aus B. Khaulah yang membawa sebuah mangkuk berisi susu dan madu, maka beliau (Nabi) tidak mengambilnya; dah beliau bersabda, maksudnya:

"Ketahuilah sesungguhnya saya tidaklah mengharamkannya; akan tetapi saya meninggalkannya kerana merendah diri kepada Allah (tidak ingin hidup mewah); kerana sesungguhnya, siapa yang merendah diri kepada Allah, Dia akan mengangkatkannya; dan siapa yang berhemat, dia akan dikayakan Allah; dan siapa yang memboros, dia akan dipapakan Allah (hidup menderita sehingga terkubur)."

[*H.R. Al-Hakiim dalam kitab "Nawaadir Al-Ushuul"]

Abi As-Saliil pula memberitakan bahawa bapanya pernah menceritakan, maksudnya:

"Saya telah menyaksikan Rasulullah s.a.w.; sedang beliau tengah duduk dalam rumah seorang lelaki Anshaar yang dipanggil Aus B. Hausyab. Tiba-tiba dibawa kepada beliau segelas besar (minuman), maka diletakkan di dalam tangan beliau, maka beliau bertanya: "Makanan apakah ini?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, ialah susu bercampur madu." Maka beliau pun meletakkannya daripada tangannya; kemudian beliau bersabda, maksudnya:


"Ini dua minuman (bercampur), tiadalah kami (para Nabi) meminumnya; dan tiadalah kami mengharamkannya.

Siapa merendah diri, nanti dia akan diangkatkan Allah; siapa yang angkuh, nanti dia akan dihancurkan Allah; dan siapa yang memperbaikkan pengurusan hidupnya, dia akan direzekian Allah."

[H.R. Ibraahiim B. Muhammad]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hadis 2:

Seterusnya, terdapat sebuah berita daripada Sayyidah Aisyah r.a; akan tetapi kedudukan hadithnya tergugat di mana seorang periwayatnya bersendiri iaitu Nu'aim B. Muuri' (atau Muudi'), didapati seorang yang mencuri (melakukan kecurangan dalam) Hadith, berita itu berbunyi, maksudnya:

"Telah dibawakan kepada Rasulullah s.a.w sebuah mangkuk yang berisi susu dan madu, maka beliau bersabda, maksudnya:


"Akan ketagihanlah (bercampur makanan) dalam sebuah mangkuk; saya tidaklah perlu kepadanya. Ketahuilah sesungguhnya saya ini tidaklah mengatakan bahawa dia haram; akan tetapi saya tidak suka kiranya saya akan disoalkan Allah tentang sisa-sisa dunia (kemewahan) di Hari Kiamat.


Maka siapa yang merendah diri kepada Allah, nescaya Dia akan mengangkatkannya; siapa yang sombong, nescaya dia akan dijatuhkan Allah; siapa yang merasa cukup, maka dia akan diperkayakan Allah; dan siapa yang memperbanyakkan menyebut Allah (dzikir), nescaya dia akan dikasihi Allah."

[Al-Hadith]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hadis 3:
Kesimpulannya bagi saya, Nabi Muhammad s.a.w tidak minum susu yang bercampur madu, kerana Baginda seorang yang sangat zuhud (tidak mahukan kemewahan dunia). Bagaimanapun, Baginda s.a.w tidak melarang ummatnya minum minuman susu bercampur madu.

Sebenarnya, susu dan madu adalah dua minuman kesukaan Nabi, cuma, Baginda tidak minum jika kedua-duanya bercampur.

So,bila minum madu,marilah kita niatkan sebab mengikut sunnah nabi Muhammad tercinta..

Wallahu a3lam..






Rujukan :





Saturday, January 29, 2011

P.E.T.R.A =)

Assalamualaikum semua.. =)

Alhamdulillah,,setelah kira2 3 tahun lebih tinggal di Jordan nih,pada hari Selasa yang lalu(bersamaan 25 Januari 2011),Allah telah makbulkan hasrat saya berkunjung ke PETRA.. =)
bukan apa,rasa macam nak pergi,,tapi,tak dela sampai terasa 'kempunan'.=)

Tapi,hasrat terbesar yang nak ke Makkah,tak tercapai-capai lagi(T_T).."Mungkinkah diri ini belum layak jadi tetamumu Ya Allah??T_T,"seringku bermonolog..
hmm.

Jadi,seperti yang orang kata,kalau nak ke sesuatu tempat,especially tempat-tempat bersejarah,amatlah baik kalau kita study dulu kisah2 dan latar belakang tempat tersebut..

(p/s:font sedikit berbeza,sebab saya tulis di Microsoft word sebelum meng-kopi-pasta di blog ni..harap tak kesah..PEACE =)


(di PETRA,para pelancong berpeluang exercise ^_^,naik kuda,keldai,atau kereta kuda)

Ada apa dengan PETRA??

Nama ‘Petra’ merupakan satu perkataan Greek ”πέτρα” yang bermaksud batu dan dalam Bahasa Arab pula,Petra dipanggil sebagai البتراء, Al-Batrāʾ .Ia adalah sebuah kota bersejarah dan arkaeologi yang terletak dalam kawasan pemerintahan Jordan di Ma'an. Petra merupakan satu hasil senibina pemotongan batu dan sistem pembuluh air. Ia telah dibina kira-kira pada kurun ke-6 sebagai ibu kota bagi Nabatea dan merupakan satu simbol bagi Jordan,selain menjadi tarikan pelancong yang paling banyak dilawati.

Petra terletak di cerun Gunung Hor dalam lembangan antara pergunungan yang mana membentuk sisi timur Arabah (Wadi Araba), lembah besar yang merentang dari Laut Mati ke Teluk Aqaba.

Bersempena tanggal 7/7/2007 lalu, Petra telah diumumkan sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Baru Dunia setelah terpilih bertanding bersama 20 lokasi lain yang dianggap ajaib dari seluruh dunia. Malah,Petra juga telah dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia sejak tahun 1985 dan turut dipilih oleh BBC sebagai satu daripada "40 tempat yang anda mesti lihat sebelum mati".

Sebenarnya,lokasi ini tidak diketahui oleh Dunia Barat sehingga tahun 1812, apabila ia diperkenalkan oleh seorang penjelajah Switzerland,yang bernama Johann Ludwig Burckhardt. Kerana batu-batuannya yang tampak kemerah-merahan apabila disinari sang mentari,ia digambarkan sebagai "a rose-red city half as old as time" oleh seorang pemenang soneta Hadiah Newdigate iaitu John William Burgon. Manakala,UNESCO pula telah menggambarkannya sebagai "satu harta budaya paling berharga dari warisan kebudayaan manusia." (one of the most precious cultural properties of man's cultural heritage).

Kisah di sebalik PETRA ?

Sebagaimana yang telah dinyatakan,tempat ini telah dijumpai dan dikenali oleh dunia barat sejak tahun 1812.Pernahkah para pembaca terfikir apakah kisah di sebalik PETRA yang tersergam indah dan dianggap menakjubkan itu?

Setiap sesuatu monumen atau bangunan,pastilah tidak sedikit kisah dan sejarah berkaitan yang ditinggalkan.Ahli sejarah,yang rata-rata dikuasai orang Dunia Barat,menyatakan bahawa kota ini dibina oleh kerajaan Anbad(Bahasa Arab) atau Nabatean.Jika di cari di mana-mana laman berkaitan PETRA di laman web,pastilah kisah kerajaan Nabatean ini yang akan diceritakan.

Walaubagaimanapun,ada pula pendapat ahli agama yang menganggap bahawa kebarangkalian Petra adalah kawasan tinggalan Kaum Thamud,iaitu kaum Nabi Saleh A.S.Di dalam al-Quran,tidaklah disebut dengan jelas di manakah penempatan kaum Thamud,tetapi ciri-ciri yang di gambarkan ada persamaan dengan Petra.

Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah? (al-Fajr :9)

Cuba para pembaca fikirkan,apakah hikmahnya tempat seperti PETRA ditemukan?Adakah sekadar untuk menjadi tempat perlancongan?Ya!Tidak dinafikan Petra merupakan antara tarikan terbesar pelancong ke Jordan kerana keunikannya yang tidak terdapat di mana-mana tempat sekalipun.Malah,dikatakan,tidak sempurna lawatan seseorang ke Jordan tanpa singgah melawat Petra.Tapi,apakah hanya sekadar itu?

(hebat anugerah yang Allah S.W.T berikan kepada mereka-mampu memahat bukit untuk dijadikan penempatan..subhanallah)

Sebagai manusia yang beriman,perlulah ada perbezaan cara pemikiran berbanding mereka yang tidak beriman.Berkunjung ke tempat seperti Petra seharusnya mampu memberi pengajaran tersendiri buat kita. Antara hikmah Petra diketemukan dan ‘diperlihatkan’ kepada dunia adalah supaya kita semakin percaya dan tambah mengimani isi al-Quran berikutan kisah-kisah kaum manusia terdahulu .

Kaum Thamud telah digambarkan di dalam al-Quran sebagai kaum yang telah diberi kemahiran oleh Allah S.W.T mengukir gunung untuk dijadikan rumah mereka.Sungguh hebat gambaran tersebut,bukan?Sehebat manapun kerajaan Rom membina binaan,mereka tidak mampu mengukir gunung,tetapi hanya mampu membongkahkan batu-batuan dan membina kota mereka.Ramai manusia pada masa kini lebih percaya kepada apa yang dilihat.Maka,lihatlah sendiri kehebatan pembinaan dan arkaelogi Petra!Tanpa melihat sendiri ‘bukti’,ramai manusia memiliki perasaan ragu-ragu dan menidakkan,”apakah mungkin manusia pada zaman dahulu yang tidak berbekalkan teknologi mampu mengukir dan memahat gunung untuk di jadikan rumah?”. Bagi kita yang sudah beriman dengan al-Quran serta segala isinya,(inshaallah),pastilah akan bertambah rasa keimanan dan perkara ini boleh menjadi ‘bahan cerita’ untuk kawan-kawan yang masih ‘sangsi’.




Kisah Nabi Soleh a.s dan Kaum Thamud



Al-A’raf (ayat 74)

74-"Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum 'Aad, dan ditempatkan kamu di bumi, (dengan diberikan kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganang untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi ini".

Daripada ayat tersebut,dapat difahami bahawa Kaum Thamud telah dipilih oleh Allah sebagai kaum ‘pengganti’ kepada kaum Ad, yang sebelumnya telah dimusnahkan kerana kesombongan mereka dari beriman kepada Allah S.W.T dan kelalaian mereka tatkala ‘tugas’ khalifah ditaklifkan.

Apakah itu khalifah?Dan apa pula tugasnya?Khalifah bermaksud pentadbir dan menjadi salah satu daripada dua tujuan utama manusia diciptakan,selain sebagai hamba untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.Khalifah bertanggungjawab untuk mentadbir di muka bumi dan mengurus kehidupan masyarakat. Kedua-dua elemen ini jelas dalam kewujudan hukum fardu ain dan fardu kifayah.Sebagai khalifah,seseorang manusia wajib melihat muka bumi (global) sebagai satu dunia yang perlu ditadbir dan masyarakat di seluruh muka bumi (manusia keseluruhannya) sebagai satu komuniti yang perlu diuruskan.

Namun,ternyata,kaum Thamud juga seolah-olah ‘menjejak’ tindakan kaum Ad yang sombong dengan menidakkan seruan tauhid,malah,sangat keji merancang pembunuhan utusan Allah sendiri.Mereka takbur dan leka dengan segala nikmat duniawi yang dipinjamkan,apatah untuk menjalankan tugas sebagai khalifah,sesuatu yang amat berbeza dengan sifat mereka.

Jika diteliti dari kisah Kaum Thamud,ternyata terdapat beberapa persamaan antara kita (skop besar : sebagai manusia dunia)(skop kecil : masyarakat Malaysia)dengan mereka.Antaranya ialah :
i.menerima seruan tauhid supaya beriman kepada Allah S.W.T yang Maha Esa.
ii. diutuskan rasul sebagai penunjuk jalan
iii.ditaklifkan tugas sebagai khalifah
iv.dikurniakan nikmat berlimpah ruah,bumi yang subur
v. kemahiran tersendiri (kita 'mahir' bina menara tinggi2 :P)
vi.dan lain2
Jadi,seandainya kita menuruti jejak kaum Thamud ataupun mana-mana kaumterdahulu,yang telah dimusnahkan kerana mengabaikan dua tujuan utama hidup,iaitu sebagai hamba dan khalifah,adalah tidak mustahil jika kita pula mendapat nasib yang sama,iaitu ‘diganti’ dengan kaum lain dalam memikul tugas-tugas ini.Nauzubillah.

“Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan. Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.” (Yunus : 13-14)

Pengajaran dari kisah kaum Thamud

Justeru itu, umat Islam sebagai manusia pilihan harus kembali memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah. Umat Islam tidak sepatutnya hanya memikirkan masalah setempat. Umat Islam tidak seharusnya hanya berasa bertanggungjawab ke atas pencapaian mereka sebagai individu atau kelompok yang lebih kecil. Umat Islam tidak seharusnya hanya memfokus kepada penyelesaian masalah dan pembinaan masyarakat suku bangsanya.

Sudah tiba masanya umat Islam harus berfikiran sejagat berminda khalifah. Sudah tiba masanya umat Islam harus melihat dunia global (muka bumi) sebagai jajahan atau daerah yang perlu ditabdir dan masyarakatnya (manusia) diuruskan mengikut prinsip-prinsip yang diterangkan dalam al-Quran, al-Hadis dan Sunnnah Rasulullah s.a.w. Sudah tiba masanya untuk mengkaji semula kaedah atau pendekatan pengurusan dalam Islam. Sudah tiba masanya untuk mendahulukan fardu kifayah berbanding fardu ain sebagaimana yang ditekankan selama ini; atau sekurang-kurangnya kedua-dua fardu kifayah dan fardu ain ditegaskan sama pentingnya. Sudah tiba masanya individu dan umat Islam bukan sekadar 'menghitung' apa yang telah dimilikinya tetapi 'memperkirakan' apa yang telah dia dan mereka sumbangkan dalam pembinaan tamadun manusia di muka bumi dan sebesar mana sumbangan itu jika ada.

Justeru itu, individu dan umat Islam tidak seharusnya mengharapkan 'balasan' langsung terhadap setiap buah fikiran, sumbangan, pengorbanan dan pekerjaan yang mereka lahirkan, berikan atau lakukan, daripada pihak yang menggunakan buah fikir mereka itu, atau pihak yang menerima faedah dan manfaat daripada sumbangan atau pekerjaan mereka itu. Hal ini kerana Islam telah menjelaskan bahawa Allah akan mencukupkan rezeki sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah telah berjanji akan menolong sesiapa yang menolong-Nya dalam menegakkan kebenaran al-Quran dan syiar Islam di muka bumi. Bahkan Allah telah menganugerahkan akal dan fikiran kepada seluruh manusia supaya dengan akal dan fikiran tersebut mereka dapat melakukan tugas dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah.

WALLAHU A'LAM.

Rujukan

1. Al-Quran