Friday, November 11, 2011

Ikhlas Lillahi Ta'ala..

bismillahirahmanirrahim...

bila ntah tarikh terakhir saya (mirah not afifah yer..hehe) tulis post kat sini..taun lepas ker ek? haha..
maklumlah berblog dua,lebihkan kepada blog lama..yang baru diabaikan dulu kejap (bukan sekejap dah ni, dah bersawang bagai)..^^v
alhamdulillah diberi kekuatan untuk menulis di blog 'Mari Menuju Ilahi' hari ni..:)
insyaAllah akan tetap istiqamah menulis pabila ada masa..
taun depan ade sorang budak tu dah nak grad,so bolehlah dia fulltime yang kendalikan blog ni,ye tak?

em..just to say hi sebenarnya kepada pembaca2 setia blog ni (ade ke rase2nye?)..
ok,just a short post i guess (rase2nye lah,sbb tak tulis lagi)..supaya sekurang-kurangnya kita terisi dengan makanan rohani..
ye lah asyik otak duk jamm ngan pelajaran duniawi je,hati pun perlu diubati..diisi..





Ikhlaskah dia?

jom hayati kisah pendek yang saya analisis memang ramai yang alaminya..


A: cantik tak saya hari ni?

B: em..cantik..

A: alaaa..cakap lah elok-elok..ni ikhlas ke tidak ni puji orang? (nada tak berpuas hati)

B: yer..cantik sangat..! tak de r yang lebih cantik dari awak setakat ni..

A: ni macam tak ikhlas jer ni..huh..


ok,dah siap baca dialog yang tak berapa sedap ni? haha..(sebab itu hanya rekaan saya semata-mata)
nampak tak situasi di atas?
kita ni suka sangat ambil kerja Allah..maksudnya?
maksudnya, kita ni cepat sangat menuduh orang tidak ikhlas melakukan kerja sedangkan ia adalah urusan Allah yang memastikan benar atau tidak ikhlasnya seseorang...
kita ini tentu tak faham lagi apa itu ikhlas kerana ikhlas kita mengikut persepsi kita sendiri..ye kan?
Bagaimana seseorang itu dikatakan ikhlas?
Bagaimana kita tahu seseorang itu melakukan kerja kerana Allah atau tidak?
Apakah ukuran kita atas keikhlasan seseorang?

Adakah kerja dengan percuma itu ikhlas?
Adakah kerja berbayar tidak ikhlas?
Adakah melakukan kerja secara senyap-senyap itu ikhlas?
Adakah memberitahu orang kerja kita itu tidak ikhlas?

InshaAllah. Sebenarnya ramai yang faham. Ramai yang sedia maklum. Saya meyakininya.
sengaja saya lontarkan beberapa persoalan di atas..
supaya ia menjadi sebuah peringatan kepada kita yang selalu membuat PERSEPSI pada orang tentang keikhlasan...
Kita tahu ikhlas adalah sebuah kerja hati berdasarkan niat kita ke atas apa jua perbuatan zahir yang kita lakukan..
ape sebenarnya IKHLAS ni?



Ikhlas adalah amaliah (tindakan dan perbuatan) berasaskan hati. 

Seseorang tu boleh je nak mengaku ikhlas dalam melakukan sesuatu, tapi hanya Allah saja yang mengetahuinya, walaupun manusia membungkus rapat-rapat apa yang ada dalam hatinya...
Sepandai-pandai manusia menyembunyikan apa yang ada dalam hatinya dengan segala tipu daya, sesungguhnya Allah akan tahu hakikat ketulusan yang sebenarnya daripada orang yang mengaku ikhlas tersebut...
Ini kerana ikhlas adalah urusan dan tugas hati, dan cuma Allah saja yang tahu pendirian hati para hamba-Nya...benar2 ikhlas ataupun tidak..
bukanlah kita sebagai manusia yang layak judge orang 'die tu tak ikhlas','dia ni ikhlas'..mana kita tahu hati orang? Tuhankah kita?
don't judge a person by his/her appearance..(ok,ni istilah saya..)

"saya ikhlas.."

Memang benar, lidah adalah kayu pengukur untuk mengetahui isi hati tapi lidah tidak bertulang dan tak semua kita boleh percayai..
firman Allah memberi peringatan kepada setiap insan dalam suran Al-Baqarah:204 yang bermaksud:
"Ada dari sebahagian manusia, yang bicaranya amat menakjubkanmu dalam kehidupan duniawi. Tapi Allah membuktikan atas apa isi hatinya, ternyata ia sebenarnya adalah seorang musuh yang amat jahat.”

konklusi:

Ikhlaskah dia? Banyak mana ikhlasnya dia? Atau tidak ikhlas? IA BUKAN KERJA KITA UNTUK MENENTUKAN kerana kita tidak terdaya apa-apa pun...






Ikhlaskah kita?

jom kita telusuri sirah nabi..

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan populariti sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi ?"

Nabi menjawab, "Tidak ada apa-apa."
Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi bersabda,

'Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)

Cuba bayangkan amalan-amalan kita selama ini, apakah ianya benar-benar ikhlas kerana Allah?
Adakah anda sebagai muslimah memakai jilbab yang labuh supaya kamu dipuji orang ramai dan seronok dengannya?
tepuk dada,tanya iman..

Oleh kerana keikhlasan berubah-ubah bersama niat, kita perlu menetapkan niat sebelum melakukan sesuatu perkara...
sebagai contoh, sebelum keluar ke kelas, tetapkan apa niat kita untuk belajar..


-Kita tidak sanggup melihat kafirun dan jahiliyyah lagi yang memegang pemerintahan negara.


-Kita mahu menegakkan agama islam.


-Kita tidak mahu digelar orang beragama yang tidak berilmu, orang da'wah yang hanya cakap pandai.
Inilah sebabnya kita pergi menuntut ilmu. Semuanya lillahita'ala.

Bila kamu2 semua mula gembira jika dipuji, berhati-hatilah..
kerana riyak hampir saja timbul lalu memadamkan segala niat awal anda yang ikhlas kerana Allah.
Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia. (Al-Ikhlas 4)
Apakah kita sedangkan menyamakan Allah dengan puji-pujian manusia?
Na'uzubillah. semua pujian hanya layak untukNya..

Rasulullah s.a.w bersabda,
Mohonlah perlindungan kepada Allah dari Jubbil Huzn.
Mereka bertanya, "Apakah itu, wahai Rasulullah?"
Nabi s.a.w menjawab, Suatu lembah di Neraka Jahannam, di mana setiap hari, Jahannam sendiri berlindung darinya sebanyak empat ratus kali.
Mereka bertanya, "Untuk siapakah ini disiapkan, wahai Rasulullah Jawab Nabi, Disiapkan untuk para qari' (pembaca Al-Quran) yang riyak dengan amalan mereka."
(HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)


Tanda-tanda ikhlas:

1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.

2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.

3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.

4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.

5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.

6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.



akhirul kalam, jom bajai sifat ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan..
insyaAllah,ikhlas lillahi ta'ala..:)

p/s: saya pon memerlukan keikhlasan dalam mengepost post ni hari ni..huhu

Thursday, October 6, 2011

negeriku IDEAL

Assalamualaikum w.b.t

sesungguhnya ,saya ingin mengaku!(tak yah mengaku pun orang dah tahu..kikiii)..sesungguhnya,saya bukanlah seorang penulis yang baik.dari dulu lagi 'bertatih' menulis .tapi,harapannya,saya dapat 'menyampaikan' sesuatu dan kongsi sedikit dari apa yang saya tahu untuk sesiapa yang sudi membaca.

'Masalah' di JORDAN

Kebanyakan orang Malaysia yang datang belajar di Jordan adalah terdiri daripada mereka yang datang dari sekolah agama.(note : kebanyakan,tapi,bukan semua).
Maka,bolehlah di generalize kan hampir semua warganegara Malaysia yang datang ke sini mempunyai background agama Islam yang baik.tak kira lah mereka yang datang dari sekolah agama mahupun tidak.Maka,suasana yang wujud di sini bolehlah dikatakan IDEAL(berbanding MALAYSIA).
Tidak hairanlah,jika pada tahun ini sahaja(note :tahun 'ini' yang saya maksudkan adalah bermula dengan semester baru,iaitu 18hb September 2011) saya menerima 3 pujian dari bangsa Arab di sini,yang memuji rakyat Malaysia dari segi akhlak,pakaian dan sebagainya.


Mungkin mereka memberikan pujian itu kerana melihatkan kalian(syabab dan akhawaat) yang beradab,lemah lembut,berpakaian sopan dan sebagainya.Mereka menyangka semua umat ISLAM di Malaysia juga seperti kalian.


Tapi,REALITInya,hermmm...SEdih! Mereka(orang Arab yang memuji nii) tidak tahu masalah sosial yang melanda anak remaja kita di Malaysia yang rata2 melibatkan kaum Melayu ISLAM! Mat rempit,anak luar nikah,pertukaran jantina,gay dan sebagainya.Tak perlulah saya list kan semuanya,sebab kita semua sudah sedia maklum.


*****

Berbalik kepada kisah kita,yakni komuniti masyarakat pelajar Malaysia di Jordan, tidakkah kalian rasa dan sedar bahawa kita sekarang sedang hidup di alam yang amat IDEAL?alam yang saya rasa amat berbeza dari alam 'sebenar' kita di Malaysia sana?
Kita kini sedang hidup dalam komuniti masyarakat Malaysia yang baik dari segi agama,berpakaian menutup aurat,batas pergaulan terjaga.. pendek kata,hampir semuanya BAIK!Alhamdulillah.


Tapi,sedarkah bahawa kita tidak akan selamanya berada dalam dunia yang ideal ini?Ada di antara kita yang mungkin dapat merasainya selama 6 tahun,5 tahun,4 tahun dan sebagainya.Tapi,sungguh singkat sebenarnya masa itu!Jika dipanjangkan umur ,lebih banyak masa dan umur akan dihabiskan di MALAYSIA sana,yang mana kehidupan ideal yang kita jalani di sini sudah tak ada lagi :( (buat masa terdekat ini).


Di negara tercinta itu,,(huuu)bukan sesuatu yang pelik jika seseorang itu hanya ISLAM pada nama.Allah amat jauh untuk diingati.Arak bukan lagi sesuatu yang asing.Kelab malam ,pusat hiburan bukanlah tempat yang digeruni.(saya bukan mereka-reka,ok!ini adalah realiti)


Maka,pointnya ='MASALAH' pelajar Malaysia di Jordan adalah ,kita hidup dalam zon yang amat selesa.Adakah salah hidup di 'zon selesa'? oh tidak! Ia menjadi salah apabila kita ikut terasa 'selesa','slow and steady','bersenang-senang', walhal banyak lagi 'kerja' kita untuk mengajak saudara2 kita di Malaysia(terutamanya) kepada Allah.mengimani Allah dengan sebenr2nya.menjadikan ISLAM cara hidup.


Sedarlah!(tepuk2 dahi!tampar2 pipi!)


Bukan sedikit tau,'kerja' untuk mengajak saudara2 kita untuk mengimani Allah dengan sebenar2nya!
Masih ramai orang Islam yang 'ambil' Islam separuh-separuh.Hal kahwin cerai,pusaka ambik hukum Islam.yang lain,ditolak ke tepi.Hukum Allah tetapkan tak diimani.Ketinggalan zaman katanya.Tak sesuai dengan multirace nation katanya..(ops!!bukan nak bicara politik.).


Sedangkan firman Allah "Wahai orang2 yang beriman!Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti langkah2 syaitan.Sungguh,ia musuh yang nyata bagimu" -Albaqarah :208

*****

Bila dilihat,(mungkin kaca mata saya kecik,tapi,sahabat2 saya juga berpandangan sama)keadaan kita yang berada dalam 'zon selesa' ini membuatkan kita tidak melazimi perbuatan 'menyebarkan' atau 'berkongsi ilmu' atau bahasa tinggi siket ,DAKWAH. sebab apa?sebabnya mudah sahaja.kerana kita rasakan semua orang di sini dah tahu apa yang kita nak cakapkan.
Ya!mungkin mereka tahu dan mungkin juga tidak.

"Sungguh,orang2 yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan2 dan petunjuk,setelah Kami jelaskan kepada manusia dalam kitab(alQuran),mereka itulah yang diLAKNAT Allah dan dilaknat pula oleh malaikat.."-albaqarah:159

"Kecuali mereka yg telah bertaubat,mengadakan perbaikan dan menjelaskan(nya),mereka itulah yang Aku terima taubatnya dan Akulah Yang Amah Menerima Taubat,Maha penyayang"-albaqarah:160.


Risau bila baca ayat ni.T_T .sebab selama ini tak banyak 'share'.Risau kalau hak2 ini akan dituntut kalian(sahabat2ku) di akhirat kelak.

ya!saya bukanlah orang yang layak dan selayaknya berbicara soal agama ,dakwah dan mende2 ni.ilmu agama cetek.ambik course yang bukan agama pun(dentistry).Tapi,teringat kata2 seorang sahabat "cukup2lah rasa inferior!".huu,,kalau Rasulullah S.A.W dulu rasa inferior ,dah tentu Islam tak sampai kepada kita pada hari ni,bukan?Tengoklah apa yang dikata,bukan siapa yang berkata.



Kesimpulannya

1-bersiap lah kita semua,wahai golongan penduduk komuniti IDEAL menghadapi cabaran hidup 'sebenar' di Malaysia.Carilah 'bekalan' yang dijamin berpanjangan sampai ke 'medan perang' Malaysia.(inshaallah)

2.kita tak boleh baik sorang2.kita nak baik ramai2 dan masuk syurga ramai2.mutiara tak cantik kalau sebutir.tapi,cantik bila dikumpulkan berketul2 menjadi rantai atau gelang, kan?

3.sampaikan walau satu ayat.

4.berkata dan beramal (khas buat saya..heee)


Minta maaf salah silap kalau ade typo,silap fakta atau tatabahasa.ini bukan suatu tulisan karya.Tapi,tulisan dari hati saya yang kerdil dan hina ini.

(p/s : negeri ideal yang saya maksudkan bukanlah bermaksud JORDAN.tapi,,biah kita di kalangan komuniti pelajar Malaysia di Jordan)

Wallahu a'lam.sekian,jumpa lagi =) Wassalam

PINDAH lagi!

Assalamualaikum w.b.t

Setelah lebih kurang 8 bulan berlalu,,barulah malam ni,betul2 berpeluang meng-update blog yang dah usang,ber sarang labah2,sarang anai2 dan segalanyalah..sibuk la katakan.(ye ke??).(OK!plus malas n tak minat sangat sebenarnya n tak reti menulis..huu.confession =) )

Dengan masuknya hari ni,MAKA,genaplah seminggu saya dah selamat berpindah ke rumah baru,iaitu bayt SAFF.
Jika dahulu tinggal berdua,sekarang tinggal berlima.Jika dahulu duduk serumah dengan cik Ainul Madina ,seorang pelajar medik.Sekarang,duduk sebilik dengan sorang sahabat pelajar Dentist,cik Shukriah Ismail bersama 3 adik dirosaat tahun 1 yang lain.

Bak kata Shuk(nama manja =P) nya, susunan Allah untuk kita begitu cantik.Tahun akhir(inshaallah) di Jordan,kami masing2 dapat tinggal serumah dengan sahabat sama course.
Semoga dengan perpindahan ke rumah baru ini,dapat lebih menguat dan mengkentalkan saya untuk menghadapai cabaran tahun 5 sebagai pelajar Dentistry.

=)

Sunday, February 13, 2011

Rapuh


detik waktu terus berjalan....
berhias gelap dan terang....
suka dan duka tangis dan tawa....
tergores bagai lukisan...

seribu mimpi berjuta sepi...
hadir bagai teman sejati...
di antara lelahnya jiwa...
dalam resah dan air mata....
ku persembahkan kepadaMu...
yang terindah dalam hidup...

meski ku rapuh dalam langkah...
kadang tak setia kepadaMu...
namun cinta dalam jiwa...
hanyalah padaMu...

maafkanlah bila hati....
tak sempurna mencintaiMu....
dalam dadaku harap hanya....
diriMu yang bertakhta...

detik waktu terus berlalu..
semua berakhir padaMu...
Ya Rabbi..



Opick - Rapuh

Monday, January 31, 2011

Love U,honey..

Bismillahirrahmaanirrahiim..Selamat sejahtera..
(sila jangan berfikiran pelik semasa baca tajuk entri tuuu,ok!)


Lately,and especially cuti2 skola ni,sebab 'konon2' nak ubah cara diet(pemakanan),maka,rajinla jari jemari ni meng-google 1001 tips pemakanan berkhasiat.(metafora je 1001 tu..)

DAN,

tengah addicted kat madu @ honey sekarang.(bukan bermadu yep :P)
(subhanallah,,sedap saaangat madu niii)

So,bagi sesapa yang memang dah sedia minat madu,,thumbs up untuk anda!

Berikut antara penemuan saya yang dibantu pak cik google(kredit to 'him'),sekadar saje2 sharing n paling penting,lps ni,kalau saya saje2 nak refresh apa khasiat madu,boleh je cari balik kat entri ni..huu



Fungsi Madu Dan Peranannya.

  • Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  • Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  • Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
  • Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
  • Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
  • Sumber laxative yang natural dan lembut
  • Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  • Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan

NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri

KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI

A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
KELEBIHAN
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
"MIRACLE ANTIBI0TIK"

KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......
disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan
dengan penuh yakln.

SAPULAH MADU JIKA ANDA

a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU

A) IBU MENGANDUNG

1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

B) ANAK DALAM KANDUNGAN

1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.


CARA MENGGUNAKAN MADU:

Batuk :
madu + limau nipis (diperah)
Menguatkan minda:
madu + kismis
Menguatkan tulang:
madu + susu anlene
Menyembuhkan luka dan melecur:
sapukan pada luka
Lelah dan sesak nafas:
madu + lebak putih (diparut dan diperah)
Pembersih muka:
putih telur + limau nipis (diperah) + madu
Pelembap muka:
kobis + madu
Melangsingkan badan:
madu + pati kunyit ( minum seminggu sekali)
Tenaga batin:
1 sudu madu + 3 biji lada hitam + 1 ulas bawang + kuning telur.
Wanita mengandung:
1 sudu teh madu 2 kali sehari

Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.


Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minumsambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

Tapi,saya dah terbawa-bawa masukkan madu dalam setiap minuman..
yang saya start amalkan cuti2 ni,

pagi-pagi :
- air suam + madu @ grean tea + madu

petang :
-susu + madu

Tapi,suatu peang,saje nak tahu,tak de side effect@ tak pe ke,gabung mende2 ni??

dan terjumpalah suatu artikel yang inshaallah berguna,,


* Madu dan susu: Apakah ini minuman kegemaran Rasulullah s.a.w?

(Diambil daripada Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah, ms 29-32)

Terdapat beberapa riwayat hadis tentang satu peristiwa yang mana Nabi s.a.w dibawakan minuman susu bercampur madu oleh seorang sahabat. Pada pendapat saya, hadis-hadis ini semuanya bertitik-tolak daripada satu peristiwa yang sama, tetapi disebabkan perawinya lain, maka terdapat beberapa kelainan tentang perinciannya, bagaimanapun, maksud berkaitanattitude Nabi s.a.w terhadap minuman bercampur madu adalah tetap sama, iaitu, Nabi s.a.w tidak mahu minum campuran kedua-dua minuman itu, kerana Baginda seorang yang sangat zuhud (tidak memandang kemewahan dunia). Wallahu'alam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hadis 1:

Muhammad B. Ali r.a memberitakan, maksudnya:

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah didatangi Aus B. Khaulah yang membawa sebuah mangkuk berisi susu dan madu, maka beliau (Nabi) tidak mengambilnya; dah beliau bersabda, maksudnya:

"Ketahuilah sesungguhnya saya tidaklah mengharamkannya; akan tetapi saya meninggalkannya kerana merendah diri kepada Allah (tidak ingin hidup mewah); kerana sesungguhnya, siapa yang merendah diri kepada Allah, Dia akan mengangkatkannya; dan siapa yang berhemat, dia akan dikayakan Allah; dan siapa yang memboros, dia akan dipapakan Allah (hidup menderita sehingga terkubur)."

[*H.R. Al-Hakiim dalam kitab "Nawaadir Al-Ushuul"]

Abi As-Saliil pula memberitakan bahawa bapanya pernah menceritakan, maksudnya:

"Saya telah menyaksikan Rasulullah s.a.w.; sedang beliau tengah duduk dalam rumah seorang lelaki Anshaar yang dipanggil Aus B. Hausyab. Tiba-tiba dibawa kepada beliau segelas besar (minuman), maka diletakkan di dalam tangan beliau, maka beliau bertanya: "Makanan apakah ini?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, ialah susu bercampur madu." Maka beliau pun meletakkannya daripada tangannya; kemudian beliau bersabda, maksudnya:


"Ini dua minuman (bercampur), tiadalah kami (para Nabi) meminumnya; dan tiadalah kami mengharamkannya.

Siapa merendah diri, nanti dia akan diangkatkan Allah; siapa yang angkuh, nanti dia akan dihancurkan Allah; dan siapa yang memperbaikkan pengurusan hidupnya, dia akan direzekian Allah."

[H.R. Ibraahiim B. Muhammad]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hadis 2:

Seterusnya, terdapat sebuah berita daripada Sayyidah Aisyah r.a; akan tetapi kedudukan hadithnya tergugat di mana seorang periwayatnya bersendiri iaitu Nu'aim B. Muuri' (atau Muudi'), didapati seorang yang mencuri (melakukan kecurangan dalam) Hadith, berita itu berbunyi, maksudnya:

"Telah dibawakan kepada Rasulullah s.a.w sebuah mangkuk yang berisi susu dan madu, maka beliau bersabda, maksudnya:


"Akan ketagihanlah (bercampur makanan) dalam sebuah mangkuk; saya tidaklah perlu kepadanya. Ketahuilah sesungguhnya saya ini tidaklah mengatakan bahawa dia haram; akan tetapi saya tidak suka kiranya saya akan disoalkan Allah tentang sisa-sisa dunia (kemewahan) di Hari Kiamat.


Maka siapa yang merendah diri kepada Allah, nescaya Dia akan mengangkatkannya; siapa yang sombong, nescaya dia akan dijatuhkan Allah; siapa yang merasa cukup, maka dia akan diperkayakan Allah; dan siapa yang memperbanyakkan menyebut Allah (dzikir), nescaya dia akan dikasihi Allah."

[Al-Hadith]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hadis 3:
Kesimpulannya bagi saya, Nabi Muhammad s.a.w tidak minum susu yang bercampur madu, kerana Baginda seorang yang sangat zuhud (tidak mahukan kemewahan dunia). Bagaimanapun, Baginda s.a.w tidak melarang ummatnya minum minuman susu bercampur madu.

Sebenarnya, susu dan madu adalah dua minuman kesukaan Nabi, cuma, Baginda tidak minum jika kedua-duanya bercampur.

So,bila minum madu,marilah kita niatkan sebab mengikut sunnah nabi Muhammad tercinta..

Wallahu a3lam..






Rujukan :