Sunday, March 14, 2010

cerita tentang KEK !!!

Assalamualaikum w.b.t..


ye,hari ni,sy nak bercerita pasal KEK!!
bile baca tajuk 'cerita pasal kek', sy rase,sudah pasti orang akan ingat sy nak bagi satu resepi KEK ataupun tips membuat KEK ataupun pengalaman sy dengan KEK.. betul tak??
apa probability-nye?? (ni,kes mabuk ngn biostatistic kah??)


Bagi yang belom tahu,meh sy nak citer...
Bagi yang dah tau citer ni,tak pe..
Tapi,ni,saya mau citer dalam versi Kelate..
(sebenarnye,sy pernah post kat frenster group-SMKA sy dulu)


Adakah anda bersedia??

KEK yang saya ingin ceritakan adalah KEK...BROWNIE!!!


alkisah,ada sorang bapa,Qasim(bukan nama sebenar)yg mmpunyai beberapa org anak,kita namakan Abdullah,Ali dan Ahmad.Qasim ni,pandai masak2,'baking2 kek' ni..


setiap hari,macam biasa,dan perkara normalla,budak2 pergi sekolah..anak2 Qasim ni pun gi skolah jugak.suatu hari,di sekolah,kawan2 kepada Ali ni berborak2 pasal satu cerita, movie terbaru la kot..
Mereka berborak2 n memuji-muji 'kebest-an' movie tu...(sorry,tak jumpa perkataan melayu yg ssuai).kata mereka,movie tu mmg betul2 best,walaupun ada adegan yg 'kurang elok',tapi movie tu mmpunyai banyak pengajarannya dan bla2..kata2 dan borak2 itu telah berjaya mempengaruhi Ali..


Ali berniat untuk menontonnya..Lalu,mminjam CD movie tu dari salah sorang kawannya...Tapi,Alhamdulillah,Ali ni tidak mengenepikan ayahnya..Dia minta izin tlebih dahulu dari ayahnya..


Ayahnya,juga adala tahu sket2 pasal movie ni.dan tahu,ada part yg kurang elok tu,tak setuju bila Ali myatakan hasratnya tu..


Lalu,Ali mencuba..


"ayoh,pliz!sekali ni jah,Ali nok tgok movie ni..lagipun movie ni bagus, ayoh,banyooook pengajare,meme baguhla..bolehla deh??
part hok dok berapo nok molek tu,kawe2 Ali royak,ado sikeiyt jah..dok jejjah gapo pong..meta jah part tuh..bahagie hok vi pengajare,banyok..Kawe Ali kato,sekali tengok,pasti nok tgok lagi,sebab movie ni best,pelakon2 pun panda belakon n bla2..tapi,Ali janji,nok tengok sekali ni jah,bolehla deh??"


Qasim(ayahnya) tetap tak bersetuju..Tapi,berdiam diri je bila terus menerus dipujuk anaknya itu..Akhirnya


"HURM,nati ayoh piker dulu..wat solat istikhoroh ko,,kalu doh qada' n qadar Ali akan tengok movie tu,mesti Allah akan bukok hati ayoh vi Ali tengok.."


pada petang hari keesokan harinya,pada waktu minum teh,,ayahnya menghidangkan kek yg baru di 'baked' nya..baunya,huh,sungguh menyelerakan..bau kek tu saje dah boleh mmbuatkan ALi turun sendiri ke dapur,tanpa diperintah atau dipelawa oleh ayahnya..


Cuba kawan2 bayangkan bau kek coklat yg sungguh menyelerakan...
(yummy)


Apa lagi,bila sampai didapur,Ali dapat mlihat kek yg dihias begitu cantik,tercantik dan paling menyelerakan bbanding kek2 yg pernah di buat ayahnya sebelum ni..Dengan lagak yg agak gelojoh dan tidak sabar2 lagi,Ali terus mencapai kek tu..Tapi,ayahnya sempat menegahnya..


"eh,kejak2.nati la dulu..sebelum makey,ayoh nok introduce la dulu..ni,namonyo BROWNIE,..kalu kamu semo nok tau,kek ni,dari resepi keluargo kito,turun temurun..doh 5 generasi doh ni.."


"o,yo ko..ok,Ali nok makey doh ni",Ali dah tak sabar lagi..


"la,dok abih royak lagi..sabar dulu
em,tapi,ayoh uboh la siket resepi ni,nok jadi lebih sedak dan laeng dari dulu2.ayoh letok sesudu kecik air loke(longkang)belake rumoh kito..Ok,sekare,Ali doh buleh start make.slamak menjamu selero..make la banyok2.."


"La,ayoh!gapo nii??bakpo wak masuk air lokey?Koto sunggoh!Mano buleh make doh,kek ni!",Ali kesal..


"aloh,sikeiyt jah..sesudu kecik ja pun air lokey tuh..dok jejjah gapo pong..raso,samo jah,come pong come..make la..rugi la.."


"siket pong,kek ni doh dikiro contaminated doh..Islam menyuruh kito make dari sumber halal dan suci..Air lokey belake rumoh,konfem2 dok suci..najis itik ado,siso2 makane n bla2..
Sapa ati ayoh wak gini..Ayoh sekso ore denga bau kek yg sungguh lazak.ore kat dale bilik pun,boleh bau kek yg lazat ni..patu,come lotte pulok..bilo nok make,rupo2nyo,ayoh ubuh mndo gitu??ayoh dok siey(kesian) ko ore ko??ayoh doh sekso ore ni.."


"aloh ALi,sket ja pong,sesudu kecik.ni sudunyo,kecik ja key??..mano ado jejjah.. tok se raso lasong ko??


"tak po ar,sapa ati ayoh wat gini ko anok sediri..",Ali betul2 marah ngan sikap pelik ayahnya tu..


kalu kiter pun,mesti rasa nak marah..tak pernah dibuat orang,guna air longkang utk memasak..

 
Tapi,mesti ada tujuan ayahnya wat gitu kan??


"ali,mnde ni samo la nga movie yg lai nok tengok sangak2 tu..
meme la movie tu napok baik,menarik,bagus n bla2,tapi tetap ado part yg kurang elok tu..JADI,WALAUPUN part yg tak elok tu sikeiyt jah,tapi bak kata ali tadi,movie tu dah contaminated eh??

 
Jawapan ayahnya membuatkan ALi tersedar..ali segera mencapai tangan ayahnya dan memohon maaf kerana beria-ria nak menonton movie tu..dan kerana merajuk dan marahkan ayahnya sebentar tadi..


TAMATLAH kisah BROWNIE ..

*marilah kita cuba perbaiki diri.Saya menyeru pada diri sy terutamannya,yang mana tangan sy yang menaip lebih dekat dengan teguran ini...


WALLAHU A3LAM..

Saturday, March 13, 2010

Semakin dan Semakin dan Semakin

Salam alayk..

"SEMAKIN jauh kudariMu SEMAKIN dekat pula Kau menghampiri daku
Oh Tuhan Yang Maha Pengasih siapalah diriku di pandanganMu..
SEMAKIN cuba kudekati SEMAKIN kuat pula Kau mendugai aku,
Oh Tuhan Yang Maha Sempurna kerdilnya diriku di hadapanMu..."
    -petikan dari salah satu lagu feVret (Damba Kasih-Inteam)

dari petikan nasyid ni,ada 4 perkataan SEMAKIN..
Apalah citer dan kena mengena dengan SEMAKIN ??
Apakah tiada perkataan lain nak diHIGHlightkan??
huhu,,

Hm..bercerita pasal SEMAKIN,,
Ada citer nak diceriterakan..

Alkisahnya,ADa dua orang budak perempuan..Yuni dan Mila..Mereka sepupu dan amat bersahabat baik.Yuni tinggal di kampung di daerah lain bersama kuarganya.. manakala,Mila tinggal bersama kuarganya di kampung nenek mereka..


jadi,setiap kali cuti sekolah,kuarga Yuni pulang ke kampung.Jadi,masa ini dimanfaatkan sebaiknya oleh dua sepupu ini untuk bermain,bercerita dan sebagainya..
setiap kali mahu kembali ke rumah,pasti kedua-dua sahabat baik @ sepupu ini akan bersedih..
Begitulah setiap kali,dari mereka kecik sampailaa....


Satu kali tu,sebelum kembali ke rumah,ayah Yuni 'ajak-ajak ayam' Mila ke rumah mereka,memandangkan masih dalam fatrah cuti sekolah.. :-)
ape lagi,ajakan tu dimanfaatkan sebaiknya oleh Mila..Yuni pun turut 'excited'.


maka,Mila mengikut kuarga Yuni ke rumah.Masa cuti sekolah dihabiskan bersama-sama dengan girangnye.. :-)


Tapi,yang disangka "panas sampai ke petang,(macam biasa).rupa-rupanya,hujan juga di tengah hari.. "setelah beberapa hari bersama-sama,Mila dan Yuni mula bergaduh.(biasela budak-budak).
Setelah itu,walaupun telah berbaik semula,persahabatan mereka hambar dan dingin,sampaila hari mereka pulang ke kampung semula..


pada musim cuti sekolah yang berikutnya,seperti biase,kuarga Yuni pulang ke kampung nenek mereka.Hubungan Yuni dan Mila sudah tidak seintim dahulu..Ada saje hal yg nak dibalahkan..Pulang ke kamppung sudah tidak menjadi satu keseronokan lagi bagi Yuni..


**Tamatlah cerita Yuni dan Mila **

Ok,apa yg nak saya sampaikan dari citer di atas??


bagi saya(jz a personal thinking n alwayz happen in my life,sob3),,UKHUWAH itu lagi MANIS dan terasa bila kita berjauhan..
Bila sering ketemu,MANIS tu perlu dicari..entah kenapa.?


That's perhaps one of my reason why i chose not to 'fly' to Malaysia in every holiday..sekali setahun,cukupla,pengubat rindu..hikhik.. (tu pun,ade yang musykil)



dan sy pun rase RINDU kat kawan2 MEDIK(my batch,especially),yg dah lama tak jumpa@ amat jarang jumpa..
tp,sy akui,sy ni jenis malu nak express kaseh sayang kat kawan2..kui3..
n d' MOST dangerous thing is.......
sy takut rase UKHWAH dengan kawan2 yg selalu jumpa(dentist of my batch) jadi makin luntur..
Huh!
It sounds complicated,but,i don noe why i always think about this lately..

DAN,
tidak dilupakan sahabat2 semua,dari Sekolah Kebangsaan Jabi,S.K.Cheneh Bharu 2,S.M.K.A.Wataniah dan SBPIKuantan...
Thanks for being my friends :-)



"Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,bertemu untuk mematuhiMu,bersatu memikul beban dakwahMu,hati2 ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
kekalkan kemesraan hati2 ini dengan cahaya Rabbani mu yg tidak kunjung malap.
Lapangkan hati2 ini dgn limpahan iman


Amin
WASSALAM

Saturday, March 6, 2010

PeRlUkAh NaSyId BeRtEmAkAn CiNtA WaNiTa??



 nasyid3.jpg


"Apakah salah (hukum) menyanyi lagu cinta walau buat isteri, atau buat ibu.. 
atau buat guru wanita yg bukan muhrim.. 
dengan alasan sebagai medium luahan perasan untuk mengerat lagi kasih sayang dan silaturrahim... 
Bagaimana pula kalau mereka yang dipuja adalah ahli agama tersohor lampau seperti saidatina khadijah, aishah, tokoh sufi rabiatul adawiyah dan lain?"


 JAWAPAN

Terus terang saya katakan, bagi saya, kumpulan nasyid perlu lebih berhati-hati ketika mendendangkan lagu-lagu yang berkaitan cinta dan kasih.
Begini, jika jelas dan terang dari lirik cinta dan kasih sesuatu lagu itu merujuk kepada Allah, 
Rasul, sahabat Nabi sama ada lelaki atau perempuan, 
tokoh-tokoh ilmuan atau ikon Islam popular seperti Rabiatul Aadwiyah, 
tokoh seperti Ratu Balqis, ibu dan bapa serta keluarga,
maka saya berpandangan hukumnya adalah HARUS.

Apa yang menurut pandangan saya TIDAK HARUS adalah laungan-laungan cinta dan kasih yang tidak jelas watak yang ditujukan, 
sehingga memungkinkan 'double meaning" berlaku serta mengasyikkan para wanita dan lelaki yang sedang dilamun cinta. 
Contoh pada hemat saya adalah seperti lagu 'Siti Munawwirah', ‘Nur Syahada' dan ‘Cinta Pertama' dan banyak lagi, 
Cuma cukuplah dua tiga lagu sebagai contoh.



NASYID : CONTOH NASYID POPULAR OLEH MAHER ZAIN  

Saya pasti rakan-rakan penasyid telah melihat konsep lagu-lagu Sami Yusuf dan Maher Zain terbitan The Awakening, ia tetap hebat dan popular walau tidak berkisar hal cinta wanita. 
Konsep sebegini perlu lebih dipopularkan berbanding dendangan cinta.
Saya faham kumpulan naysid kita juga telah banyak menghasilkan lagu-lagu berkonsep perjuangan, 
nasihat umum dan lain-lain yang tidak berkisar persoalan cinta, 
cuma apa yang kita focus kini adalah bagaimana boleh menghindari syubhah dalam lagu nasyid sebaik mungkin.

Hujjah mendendangkan lagu sebegitu bagi menyediakan alternatif cinta hitam dan maksiat dendangan penanyi biasa juga tidak dapat terima, 
kerana ia tetap boleh membawa kesan buruk yang serupa bagi pendengar.

Hujjah bahawa lirik lagu cinta Islamik itu mengajak kepada cinta yang tulus dan bersih juga sukar bagi saya. 
Menurut penilaian saya, segala nasihat-nasihat yang disebut di dalam nasyid cinta akan menenggelamkan pendengar yang sedang berkasih dek keasyikan dendangannya, 
malah ia lebih mendorong kepada keasyikan yang lebih membuta dan memekakkan mereka dari segala nasihat. 
Tatkala itu, tiada perlu nasyid disediakan bagi golongan ini kerana ia tetap negatif secara umumnya 
dan mudarat melebihi manfaat. 

Kaedah fiqhi menyebut " menolak mudarat melebihi target mencapai manfaat"
Mungkin lagu dan lirik itu bukan pilihan penasyid tetapi adalah pilihan penerbit, jika benar demikian saya kira penasyid juga mempunyai haq untuk memberikan pandangan dan menetapkan pendirian, justeru buatlah sesuatu agar penerbit boleh memahami.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Tuesday, March 2, 2010

eSkReM..YuMmY...

bismillahirrahmanirrahim..
da lmer x mg'update' blog ni..
mklumla bz(kot)...
da lmer x share cerita..
cerita ttg cti sem..
huhuhu..saat pling bes(kot)...
bley maen2 ngn ayuni..
p/s:jgn dengki yer long! hua2..

1 ptg yang hening,ku tringin nak mkn eskrem..
adui,cam kempunan la plak...ha2...
seriously,mmg da lmer x mkn eskrem..bl blik,mmg wajib la aku pekena eskrem..
tp bkn buatan sendiri..blian sendiri..he2..sendiri jugak tuh..
so,prgi la bli..naek muto..pdahal kdai dekat jer..ngn basikal pon bley sampai...
tp sesajer nek muto sbb takot x pndai blik nek muto..ape gune lesen yg aku amek..
aiseh,ckp sal lesen ni,kereta x plak aku bwk..
ntah2 da x reti..hua2...
ala,smpai seru 6t bley blajar blik ..
eh3,melencong plak...
nak ckp sal eskrem,trkeluar topik lesen,ape hal??ha2..


adoi,besnyer..(tp bkn eskrem ni yang aku mkn)-gmbar hiasan-

tgok muka adek..pnuh kehairanan..ha3..

ni aku nak share cket sal cara2 nak buat eskrem..aku google jer sbb x prnah buat sendiri..huhu..selamat mncuba!!
Bahan-Bahan:
42 gm coklat masak
2 cawan susu pekat (dipanaskan)
1 camca besar tepung jagung
½ cawan gula
Secubit garam
1 ½ camca teh esen vanila
1 camca krim, untuk hiasan
Cara:
Dengan menggunakan double- boiler, cairkan coklat & tuangkan susu yang dipanaskan ke dalamnya. Campurkan tepung jagung bersama gula & garam. Gaulkan bersama coklat. Masak hingga pekat & biarkan sejuk. Apabila sudah sejuk, masukkan esen vanila. Tuang adunan coklat ke dalam acuan & bekukan di dalam peti sejuk. Ketika menghidang bubuh krim di atas aiskrim.

till then..wassalam..